Pages

Monday, December 14, 2009

Keputusan Peperiksaan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... keputusan peperiksaan telah diumumkan. Tahniah kepada semua yang berjaya.

Ini adalah laporan keputusan peperiksaan November 2009

Anugerah Dekan
Seramai 31 orang pelajar berjaya mendapat Anugerah Dekan. Tahniah kepada semua. Kekalkan prestasi anda dan kalau boleh dapatkan yang lebih baik pada semester depan,


Tamat Diploma
Seramai 28 orang yang tamat pada semester yang lepas. Tahniah kepada semua yang tamat. Semoga anda berjaya mendapat tempat di Ijazah Sarjana Muda. Bagi yang tidak berkemampuan, Selamat Menempuhi Alam Pekerjaan.

Kepada mereka yang keputusan yang kurang memuaskan, jangan putus asa...cuba muhasabah diri...apa yang lemah dan perbaiki lagi pada semester depan. Terutamanya kepada pelajar Part 1 yang akan naik Part 2. Jangan putus asa dan yakin pada diri sendiri yang anda semua boleh buat.

Mengenai penerapan pelajar Part 3 kepada ISM, anda hendaklah fikir baik-baik sebelum membuat keputusan. Boleh fikir dan berbincang baik2 dengan keluarga, dan sebarang kemusykilan boleh call atau sms saya. Kerana setelah anda setuju terima, anda dah tak boleh tarik balik. Walaubagaimana pun, sebarang masalah boleh berhubung terus dengan saya.

Pendaftaran kursus secara online akan bermula 21 Disember 2009...anda semua boleh mendaftar bermula tarikh tersebut. Bagi pelajar Part 2(sem Januari 2010), bagi yang gagal subjek CSC128 dan MAT222, anda hendaklah mendaftar semua subjek di dalam kumpulan DCS2A. Manakala yang gagal subjek ACC107 dan MAT222, anda hendaklah mendaftar semua subjek di dalam kumpulan DCS2C. Yang gagal MAT222 sahaja, sila daftar semua subjekdalam kumpulan DCS2A.

Sebarang masalah pendaftaran, sila call saya.


Normaziah Abdul Rahman