Pages

Monday, February 8, 2010

PERMOHONAN PENERAPAN PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR KE IJAZAH SARJANA MUDA



Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) akan membuka permohonan atas talian bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Julai 2010 kepada pelajar Diploma Semester Akhir UiTM dan Lepasan Diploma UiTM/Kolej Bersekutu mulai 2 hingga 23 Februari 2010. Pelajar perlu memohon melalui Student Portal UiTM yang melibatkan pengambilan ke program:

1. PENERAPAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAGI PELAJAR SEMESTER
AKHIR DIPLOMA UITM/KOLEJ BERSEKUTU UITM
2.PENERAPAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN, PERGIGIAN DAN
FARMASI SEPENUH MASA
3.PENERAPAN KE PROGRAM PROFESIONAL UITM
Kepada pelajar yang telah memohon ke program Ijazah Sarjana Muda UiTM melalui Bahagian Pengurusan KemasukanPelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pelajar perlu membatal permohonan tersebut. Permohonan melalui Student Portal UiTM sahaja akan di proses untuk pemilihan.

Sebarang pertanyaan pihak Yang Berbahagia Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh merujuk kepada Bahagian Pengambilan

Pelajar dengan menghubungi Puan Badariah Bahruddin dan Puan Nadiatul Indah Mohd Tahir di talian 0355443195/3198.

Sekian, terima kasih
Muhamad Nizam Noordin
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pengambilan Ijazah
Bahagian Pengambilan Pelajar

INTERSESI 2010

Maklumat Intersesi:
Tempoh:5 minggu
Tarikh (Tentatif) :17 Mei – 18 Jun 2010
Lokasi : Akan dimaklumkan kemudian
Yuran: RM200/kursus +RM1 caj Bank Islam
PROSES PRA- PENDAFTARAN

Kepada pelajar yang berminat, sila beri nama kepada Ketua Program bagi program masing-masing selewat-lewatnya pada 10 Februari 2010 untuk pra-pendaftaran kursus.

Penawaran sesuatu kursus tertakluk kepada kelulusan pihak Lembaga Akademik Fakulti dan bilangan pelajar yang sesuai dari Pra-Pendaftaran ini.

Notis pemberitahuan penawaran kursus dan proses pendaftaran kursus intersesi akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 1 Mac 2010.
Syarat - Syarat Intersesi - sila rujuk notice board CS110

Tuesday, February 2, 2010

Proses Validasi Telah Bermula

Assalamualaikum....
Sistem pendaftaran kursus akan ditutup kepada pelajar dan staf pada hari ini, 2 Februari 2010 (Selasa) jam 12.00 pm.

Sistem akan dibuka semula pada 2 Februari 2010 (Selasa) jam 2 pm kepada :
- Pelajar : skrin validasi kursus

Sila buat proses validasi secepat mungkin di Student Portal , print 3 salinan, (HEA, Penasihat Akademik dan diri sendiri)

Hanya pelajar yang membayar yuran dengan status Y1,Y2,Y3 sahaja dibenarkan untuk melakukan validasi. Bagi pelajar yang berstatus Y4 ( Masih Terdapat Bil Yuran Belum Dibayar), sila maklumkan pelajar untuk membayar yuran secara keseluruhan ataupun mengugurkan kursus yang belum dibayar.