Pages

Tuesday, June 14, 2011

Majlis Perjumpaan Pelajar FSKM Bersama Pengarah

Assalamualaikumm...
Satu perjumpaan pelajar FSKM bersama pengarah akan diadakan pada


Tarikh : 18 Jun 2011
Jam : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Bendahara

Semua pelajar diwajibkan hadir dan memakai baju korporat.


Manakala, pada sebelah petang pula akan diadakan akan diadakan majlis kecermelangan bersama ALUMNI Sains Komputer.
Semua pelajar part 4 dan part 5 diwajibkan hadir dan juga pelajar-pelajar yang terpilih diwajibkan hadir. Senarai nama akan ditampalkan pada hari Khamis (16 Jun 2011) di papan kenyataan CS110, blok B.


Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PENTING! VALIDASI KURSUS 27 JUN - 29 JUN 2011

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN :
1. Sila layari laman web Student Portal dan terus ke bahagian Pendaftaran
Kursus. Pastikan kod kursus dan kumpulan yang anda daftar adalah betul.
Hubungi Koordinator/HEA sekiranya terdapat pindaan. Sila buat pengesahan
validasi seandainya semua maklumat betul/tepat.
2. Cetak 2 Salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) Dan Pastikan Ianya
Berstatus 4C-Pelajar Telah Membuat Pengesahan Kursus.
3. Tandatangan Kedua-Dua Cetakan Dan Dapatkan Cop Pengesahan
Pelajar Part 1 dan Part 2 - Koordinator Program CS110
Pelajar Part 3, 4, 5 dan 6 – Penasihat Akademik Masing-Masing
4. Satu Salinan Serahkan Di Ruang Legar, Dewan Kuliah 1 Mengikut Jadual
Berikut : (Pelajar perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan )

27 JUN (Isnin) – 29 JUN (Rabu) 2011
DARI JAM 8.30 PG SEHINGGA 1.00 PTG
DAN JAM 2.15 PTG SEHINGGA 5.00 PTG.

5. Sila tandatangan Semakan Pendaftaran Kursus di Kaunter tersebut dan pastikan
semua maklumat adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter.
6. Bagi pelajar yang menghadapi sebarang masalah pendaftaran kursus, sila
berhubung dengan Koordinator Program atau kerani fakulti di HEA.

SEMUA URUSAN INI PERLU DISELESAIKAN OLEH PELAJAR SENDIRI SEBELUM/PADA :
29 JUN 2011 - 2.00 PETANG

Harap anda tepati tarikh tersebut. Terima kasih.