Pages

Tuesday, August 25, 2009

PENERAPAN KE IJAZAH SARJANA MUDA

Penerapan ke Ijazah Sarjana Muda bagi Pelajar Tahun Akhir Diploma UiTM Sesi Disember 2009

Aplikasi dalam talian melalui Student Portal UiTM dibuka mulai 17 Ogos - 17 September 2009. S



*Sila gunakan Student ID untuk membuat pilihan


Peringatan :
Anda wajib mencetak maklumat pilihan program anda setelah membuat pengesahan MUKTAMAD

Monday, August 17, 2009

AGM 2009

Assalamualaikum,
Alhamdulilah, pada Sabtu yang lepas, semua pelajar CS110 selamat membuat pemilihan untuk AJK tertinggi bagi persatuan AreCS bagi sesi 2009/2010. Tahniah bagi mereka yang berjaya. Di sini saya sertakan nama-nama AJK tetinggi yang terpilih.


Yang Di Pertua - Muhammad Azim bin Hamir
Naib Yang Di Perta - Hanis Izzaty binti Abdul Jalil
Setiausaha - Ahmad Safwat Abdul Majid
Penolong Setiausaha - Siti Nurbaain binti Mohd Jamil
Bendahari - Syarifah Natasya Aida
Senarai nama Exco saya akan upload kemudian, setelah saya mendapat daripada AJK-AJK tertinggi ini.
Semoga dengan pemilihan AJK-AJK yang baru ini dapat memeriahkan dan memperbanyakkan aktiviti persatuan. Di samping itu dapat mempereratkan ukhwah di antara pelajar-pelajar CS110
InsyaAllah.
Kepada semua AJK-AJK yang lepas, diucapkan terima kasih di atas usaha kalian dalam memajukan dan memperbanyakkan aktiviti persatuan kita.

Monday, August 3, 2009

MAKLUMAN PENTING! VALIDASI KURSUS 5 OGOS - 7 OGOS 2008

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN : (TERMASUK PELAJAR YANG SEDANG MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL)

1. Sila layari laman web Student Portal dan terus ke bahagian Pendaftaran Kursus.

2. Cetak 2 Salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) Dan Pastikan Ianya
Berstatus 4C-Pelajar Telah Membuat Pengesahan Kursus.

3. Tandatangan Kedua-Dua Cetakan Dan Dapatkan Cop Pengesahan Dari -
PENASIHAT AKADEMIK

4. Satu Salinan Serahkan Di Ruang Legar, Dewan Syahbandar Mengikut Jadual Berikut :

(Pelajar perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan )

5 OGOS (SELASA) – 7 OGOS (KHAMIS) 2009
DARI JAM 8.30 PG SEHINGGA 12.30 TGH
DAN JAM 2.15 PTG SEHINGGA 5.00 PTG
5. Sila tandatangan Semakan Pendaftaran Kursus di Kaunter tersebut dan pastikan
semua maklumat adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter.
6. Bagi pelajar yang menghadapi sebarang masalah pendaftaran kursus, sila
berhubung dengan Koordinator Program atau kerani fakulti sebelum 4 Ogos 2008.
SEMUA URUSAN INI PERLU DISELESAIKAN OLEH PELAJAR SENDIRI
SEBELUM :
7 OGOS 2009 - 5.00 PETANG
Harap anda tepati tarikh tersebut. Terima kasih