Pages

Monday, December 14, 2009

Keputusan Peperiksaan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... keputusan peperiksaan telah diumumkan. Tahniah kepada semua yang berjaya.

Ini adalah laporan keputusan peperiksaan November 2009

Anugerah Dekan
Seramai 31 orang pelajar berjaya mendapat Anugerah Dekan. Tahniah kepada semua. Kekalkan prestasi anda dan kalau boleh dapatkan yang lebih baik pada semester depan,


Tamat Diploma
Seramai 28 orang yang tamat pada semester yang lepas. Tahniah kepada semua yang tamat. Semoga anda berjaya mendapat tempat di Ijazah Sarjana Muda. Bagi yang tidak berkemampuan, Selamat Menempuhi Alam Pekerjaan.

Kepada mereka yang keputusan yang kurang memuaskan, jangan putus asa...cuba muhasabah diri...apa yang lemah dan perbaiki lagi pada semester depan. Terutamanya kepada pelajar Part 1 yang akan naik Part 2. Jangan putus asa dan yakin pada diri sendiri yang anda semua boleh buat.

Mengenai penerapan pelajar Part 3 kepada ISM, anda hendaklah fikir baik-baik sebelum membuat keputusan. Boleh fikir dan berbincang baik2 dengan keluarga, dan sebarang kemusykilan boleh call atau sms saya. Kerana setelah anda setuju terima, anda dah tak boleh tarik balik. Walaubagaimana pun, sebarang masalah boleh berhubung terus dengan saya.

Pendaftaran kursus secara online akan bermula 21 Disember 2009...anda semua boleh mendaftar bermula tarikh tersebut. Bagi pelajar Part 2(sem Januari 2010), bagi yang gagal subjek CSC128 dan MAT222, anda hendaklah mendaftar semua subjek di dalam kumpulan DCS2A. Manakala yang gagal subjek ACC107 dan MAT222, anda hendaklah mendaftar semua subjek di dalam kumpulan DCS2C. Yang gagal MAT222 sahaja, sila daftar semua subjekdalam kumpulan DCS2A.

Sebarang masalah pendaftaran, sila call saya.


Normaziah Abdul Rahman

Monday, October 26, 2009

IMPORTANT :PRE-REGISTRATION 26 Oct - 15 Nov 2009

PRE-REGISTRATION OF COURSES (26 Oct. – 15 Nov. 2009)

- Login to i-Student Portal.
- Enter the Course Pre-Registration Screen.
- You will find that the system automatically pre-registers the following courses for
you (if applicable):
o Courses that you have failed but not yet reattempted.
o Courses for the lower semesters that you have not attempted.
- Add courses from the list provided to make-up your total credit units.

Please do as soon as posibble

Thanks

Friday, October 23, 2009

GOOD LUCK

Assalamualaikum....
Peperiksaan akan berjalan pada minggu hadapan (28 Oktober - 15 November 2009). Jadi saya mewakili semua pensyarah Sains Komputer mengucapkan Selamat Berjuang di dalam peperiksaan Sesi Julai - November 2009.

Pesanan untuk menghadapi peperiksaan :
1. Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T
2. Belajar bersungguh-sunnguh - buat ulangkaji, latihan, past year question
3. Jika ada masalah, sila berjumpa dengan pensyarah masing-masing.
4. Memohon maaf dengan ibubapa, mohon restu
5. Memohon maaf dengan pensyarah-pensyarah
6. memohon maaf dengan kawan-kawan....

Kenapa kita perlu mohon maaf terutamanya ibu bapa kita? Kerana mereka yang memelihara kita dan mendidik kita. Dan ingatlah DOA ibu bapa yang paling MAGIK sekali. Begitu juga dengan pensyarah, mereka yang mencurahkan ilmu kepada kita, membimbing kita. Jadi jika ada tersilap laku, mohonlah maaf, tidak salah kita merendahkan diri kita. Begitu juga dengan kawan-kawan atau orang disekeliling kita. Kerana mereka yang banyak membantu kita dan menyokong kita semua.

Sekadar peringatan untuk masuk ke Dewan/Bilik peperiksaan, sila bawa
1. Slip menduduki peperiksaan
2. Kad Pelajar
3. Alat tulis, pastikan semua cukup. (pen, pensil, pemadam, liquid paper, pembaris
dll).Letakkan di dalam bekas atau plastik yang transparent.
4. Calculator - bagi subjek tertentu sahaja

Pastikan anda memakai pakaian yang mengikut sahsiah rupa diri.


Normaziah

Wednesday, October 21, 2009

PERBENTANGAN PELAJAR PRAKTIKAL

Assalamualaikum,
Perbentangan projek Pelajar Praktikal Bagi Sesi Julai - November 2009 akan diadakan seperti berikut :

Hari : Selasa
Tarikh : 4 November 2009 ----> telah diubah
Masa : 8.30 - 12.30 pagi
Tempat : MKHEA7, 8 dan 9

Semua pelajar yang menjalani latihan praktikal di Melaka dan Negeri Sembilan diwajibkan membuat perbentangan di UiTM Alor Gajah. Sila berhubung dengan pensyarah-pensyarah penyelia masing-masing.

Thursday, October 15, 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Diploma Sains Komputer Semesta APR 2009 -NOV 2009

28-Oct-09 09.00-12.00 ITS250 CS110 DCS4A 15 DEWAN BENDAHARA
28-Oct-09 09.00-11.00 BEL120 CS110 DCS1A 26 BG09
28-Oct-09 09.00-11.00 BEL120 CS110 DCS1B 27 BG09
28-Oct-09 09.00-11.00 BEL120 CS110 DCS1C 27 YG03
28-Oct-09 09.00-11.00 BEL120 CS110 DCS1D 27 YG04
28-Oct-09 09.00-11.00 BEL120 CS110 DCS1E 27 Y101
29-Oct-09 09.00-12.00 BEL260 CS110 DCS2A 9 DEWAN BENDAHARA
29-Oct-09 02.15-05.15 ITS330 CS110 DCS5A 20 BG08
30-Oct-09 08.30-11.30 BEL311 CS110 DCS3A 25 BG08
30-Oct-09 08.30-11.30 BEL311 CS110 DCS3B 23 BG08
31-Oct-09 09.00-12.00 CSC253 CS110 DCS4A 14 BG08
2-Nov-09 09.00-12.00 ITT300 CS110 DCS5A 18 DEWAN BENDAHARA
2-Nov-09 09.00-12.00 ITT300 CS110 DCS6A 1 DEWAN BENDAHARA
2-Nov-09 09.00-11.00 CTU211 CS110 DCS3A 25 BG09
2-Nov-09 09.00-11.00 CTU211 CS110 DCS3B 23 BG09
3-Nov-09 09.00-11.00 CTU101 CS110 DBS1E 1 B112
3-Nov-09 09.00-11.00 CTU101 CS110 DCS1A 26 B112
3-Nov-09 09.00-11.00 CTU101 CS110 DCS1B 27 B112
3-Nov-09 09.00-11.00 CTU101 CS110 DCS1C 27 TEC108
3-Nov-09 09.00-11.00 CTU101 CS110 DCS1D 27 TEC109
3-Nov-09 09.00-11.00 CTU101 CS110 DCS1E 26 TEC110
3-Nov-09 02.15-05.15 CSC159 CS110 DCS2A 9 BG09
4-Nov-09 09.00-12.00 MGT160 CS110 DCS4A 15 DEWAN BENDAHARA
5-Nov-09 09.00-12.00 MAT149 CS110 DCS3A 30 DEWAN BENDAHARA
5-Nov-09 09.00-12.00 MAT149 CS110 DCS3B 24 DEWAN BENDAHARA
5-Nov-09 09.00-12.00 MAT149 CS110 DCS4A 1 DEWAN BENDAHARA
5-Nov-09 09.00-12.00 MAT149 CS110 DCS5A 1 DEWAN BENDAHARA
5-Nov-09 09.00-12.00 MAT149 CS110 DCS7A 1 DEWAN BENDAHARA
5-Nov-09 02.15-05.15 CSC317 CS110 DCS5A 21 LL01
6-Nov-09 08.30-11.30 CSC218 CS110 DCS3A 22 YG01
6-Nov-09 08.30-11.30 CSC218 CS110 DCS3B 23 YG02
6-Nov-09 02.45-04.45 CTU151 CS110 DCS2A 9 DEWAN BENDAHARA
8-Nov-09 09.00-12.00 MAT222 CS110 DCS1A 26 DEWAN BENDAHARA
8-Nov-09 09.00-12.00 MAT222 CS110 DCS1B 27 DEWAN BENDAHARA
8-Nov-09 09.00-12.00 MAT222 CS110 DCS1C 27 DEWAN BENDAHARA
8-Nov-09 09.00-12.00 MAT222 CS110 DCS1D 27 DEWAN BENDAHARA
8-Nov-09 09.00-12.00 MAT222 CS110 DCS1E 27 DEWAN BENDAHARA
8-Nov-09 02.15-05.15 QMT161 CS110 DCS5A 16 DEWAN SHAHBANDAR
9-Nov-09 02.15-05.15 CSC258 CS110 DCS4A 14 BG09
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DCS1A 26 DEWAN BENDAHARA
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DCS1B 27 DEWAN BENDAHARA
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DCS1C 27 DEWAN BENDAHARA
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DCS1D 27 DEWAN BENDAHARA
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DCS1E 27 DEWAN BENDAHARA
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DCS2A 9 DEWAN BENDAHARA
10-Nov-09 09.00-12.00 ACC107 CS110 DPA2B 1 DEWAN BENDAHARA
11-Nov-09 09.00-12.00 ECO101 CS110 DCS3A 30 BG08
11-Nov-09 09.00-12.00 ECO101 CS110 DCS3B 23 BG08
12-Nov-09 09.00-12.00 MAT105 CS110 DCS2A 10 BG08
12-Nov-09 09.00-12.00 MAT105 CS110 DCS3A 3 BG08
12-Nov-09 09.00-12.00 MAT105 CS110 DCS5A 2 BG08
12-Nov-09 02.15-05.15 CSC128 CS110 DCS1A 26 DEWAN BENDAHARA
12-Nov-09 02.15-05.15 CSC128 CS110 DCS1B 27 DEWAN BENDAHARA
12-Nov-09 02.15-05.15 CSC128 CS110 DCS1C 27 DEWAN BENDAHARA
12-Nov-09 02.15-05.15 CSC128 CS110 DCS1D 27 DEWAN BENDAHARA
12-Nov-09 02.15-05.15 CSC128 CS110 DCS1E 27 DEWAN BENDAHARA
12-Nov-09 02.15-05.15 CSC305 CS110 DCS5A 20 DEWAN BENDAHARA
13-Nov-09 08.30-11.30 CSC203 CS110 DCS3A 23 DEWAN SHAHBANDAR
13-Nov-09 08.30-11.30 CSC203 CS110 DCS3B 23 DEWAN SHAHBANDAR
13-Nov-09 02.45-05.45 CSC125 CS110 DCS2A 2 YG01
14-Nov-09 09.00-12.00 CSC175 CS110 DCS2A 10 BG08
14-Nov-09 09.00-12.00 CSC175 CS110 DCS3A 5 BG08
15-Nov-09 09.00-12.00 MAT210 CS110 DCS2A 2 DEWAN BENDAHARA
15-Nov-09 09.00-12.00 MAT210 CS110 DCS3A 1 DEWAN BENDAHARA
15-Nov-09 02.15-05.15 CSC118 CS110 DCS1A 26 BG08
15-Nov-09 02.15-05.15 CSC118 CS110 DCS1B 27 BG08
15-Nov-09 02.15-05.15 CSC118 CS110 DCS1C 27 BG08
15-Nov-09 02.15-05.15 CSC118 CS110 DCS1D 27 BG09
15-Nov-09 02.15-05.15 CSC118 CS110 DCS1E 27 BG09
15-Nov-09 02.15-05.15 MAT199 CS110 DCS4A 8 DEWAN BENDAHARA
15-Nov-09 02.15-05.15 MAT199 CS110 DCS5A 7 DEWAN BENDAHARA

* Jadual ini adalah tertakhluk kepada Lembaga Peperiksaan UiTM,
sebarang pindaan jadual sila rujuk di papan notis di Bangunan Akademik.
Harap Maklum.
Sekian terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

Pertandingan IID 2009

Assalamualaikum,
Alhamdullilah, kesemua 7 wakil daripada FSKM telah berjaya memenangi anugerah di dalam Let's IDD semalam. Ini adalah kerjasama antara pelajar dan pensyarah Sains Komputer.Berikut adalah keputusannya :

Gold
1. e-Inventori ICT System
Oleh : Mohd Hariz Naim, Nurul Aina Akmal bt yahya, Siti Norhidayah bt Amin, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan


Silver
1. Mobile Archery Scoring System
Oleh : Mohd Hariz Naim, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan

2. MyPJI-Portal
Oleh : Muhd Zikril Azim Abd.Manan, Abu Dzar Baharudin, Noor Suriana Abu Bakar, PM Dr. Roaimah Omar, PM Wan Hartini Wan Hassan

3. e-Aduan ICT System
Oleh : Mohamad Hanis Abu Chek, Mohd Norshahrim Bisni, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan

4. Academic Prediction Model Using Neural Network for Computer Sciences Students in UiTM
Oleh : Normaziah Abdul Rahman, Nurulhuda Zainuddin, Fadhlina Izzah Saman

5. Workout With English
Oleh : Muhammad Ainuddin bin Yahuda, Sheela Paramasivam, Nur'adilah bt Ahmad, Adibah Syuhadah Abdul Rahman, Rukumani Bevi Maniam
(kerjasama dengan APB dan sekolah)


Bronc
1. Sistem e-GL staf
Oleh : Aminuddin Md Kassim, Mohd Hariz Naim, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Ini adalah permulaan yang baik dan diharap pada tahun hadapan kita dapat menghantar lebih banyak lagi peryertaan.

Terima kasih.

Monday, October 5, 2009

Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik AreCS 2009


*sila klik poster untuk maklumat lebih lanjut.

Kepada semua pelajar CS, kehadiran anda adalah diWAJIBkan.
Sebarang masalah boleh berhubung dengan MT AreCS atau Pn Maziah.
Harap maklum.


Saturday, October 3, 2009

KEM MOTIVASI 2009

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, FSKM telah berjaya menjalani kem motivasi di Taman Botanical Ayer Keroh Melaka. Kem ini berjalan bermula 2 Oktober hingga 3 Oktober 2009. Antara program yang dijalankan adalah
1. Majlis Perasmian oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
2. Latihan Dalam Kumpulan - mencipta motto dan menyelesaikan puzzle
3. Qiamullail dan Ceramah Motivasi
4. Jungle Tracking dan Rempuh Halangan
5. Majlis Penutup

Apakah hasil yang boleh didapati daripada kem ini?
1. Perlunya ada semangat yakin dan jati diri bagi setiap pelajar.
2. Perlunya ada semangat kerjasama antara pensyarah dan rakan2 sekalian
3. Bimbingan daripada pensyarah
4. Perlu ada perubahan pada diri sendiri

Diharap dengan adanya program ini, pelajar2 yang telah menjalani kem ini akan mendapat keputusan yang cemerlang...InsyaAllah...

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum..


Semua pensyarah Sains Komputer mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga FSKM terutamanya pelajar CS110. Semoga berbahagia dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik



Malam Aidilfitri dalam ingatan,
Indahnya hari penghujung Ramadan,
Mulianya bersama kita bermaafan,
Harap segala kesalahan di ampunkan,

Takbir bergema dipagi hari,
Memecah sunyi keriangan diseri,
Blog pengganti kad raya & diri,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi dihujung jari..



" Ya ALLAH, di akhir Ramadan yg barkah ini, muliakan dan sayangilah sahabatku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih keislaman pada keturunannya dan masukkan dia dlm syurgaMU tanpa hisab. "
Amin Ya Allah.!

Tuesday, August 25, 2009

PENERAPAN KE IJAZAH SARJANA MUDA

Penerapan ke Ijazah Sarjana Muda bagi Pelajar Tahun Akhir Diploma UiTM Sesi Disember 2009

Aplikasi dalam talian melalui Student Portal UiTM dibuka mulai 17 Ogos - 17 September 2009. S



*Sila gunakan Student ID untuk membuat pilihan


Peringatan :
Anda wajib mencetak maklumat pilihan program anda setelah membuat pengesahan MUKTAMAD

Monday, August 17, 2009

AGM 2009

Assalamualaikum,
Alhamdulilah, pada Sabtu yang lepas, semua pelajar CS110 selamat membuat pemilihan untuk AJK tertinggi bagi persatuan AreCS bagi sesi 2009/2010. Tahniah bagi mereka yang berjaya. Di sini saya sertakan nama-nama AJK tetinggi yang terpilih.


Yang Di Pertua - Muhammad Azim bin Hamir
Naib Yang Di Perta - Hanis Izzaty binti Abdul Jalil
Setiausaha - Ahmad Safwat Abdul Majid
Penolong Setiausaha - Siti Nurbaain binti Mohd Jamil
Bendahari - Syarifah Natasya Aida
Senarai nama Exco saya akan upload kemudian, setelah saya mendapat daripada AJK-AJK tertinggi ini.
Semoga dengan pemilihan AJK-AJK yang baru ini dapat memeriahkan dan memperbanyakkan aktiviti persatuan. Di samping itu dapat mempereratkan ukhwah di antara pelajar-pelajar CS110
InsyaAllah.
Kepada semua AJK-AJK yang lepas, diucapkan terima kasih di atas usaha kalian dalam memajukan dan memperbanyakkan aktiviti persatuan kita.

Monday, August 3, 2009

MAKLUMAN PENTING! VALIDASI KURSUS 5 OGOS - 7 OGOS 2008

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN : (TERMASUK PELAJAR YANG SEDANG MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL)

1. Sila layari laman web Student Portal dan terus ke bahagian Pendaftaran Kursus.

2. Cetak 2 Salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) Dan Pastikan Ianya
Berstatus 4C-Pelajar Telah Membuat Pengesahan Kursus.

3. Tandatangan Kedua-Dua Cetakan Dan Dapatkan Cop Pengesahan Dari -
PENASIHAT AKADEMIK

4. Satu Salinan Serahkan Di Ruang Legar, Dewan Syahbandar Mengikut Jadual Berikut :

(Pelajar perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan )

5 OGOS (SELASA) – 7 OGOS (KHAMIS) 2009
DARI JAM 8.30 PG SEHINGGA 12.30 TGH
DAN JAM 2.15 PTG SEHINGGA 5.00 PTG
5. Sila tandatangan Semakan Pendaftaran Kursus di Kaunter tersebut dan pastikan
semua maklumat adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter.
6. Bagi pelajar yang menghadapi sebarang masalah pendaftaran kursus, sila
berhubung dengan Koordinator Program atau kerani fakulti sebelum 4 Ogos 2008.
SEMUA URUSAN INI PERLU DISELESAIKAN OLEH PELAJAR SENDIRI
SEBELUM :
7 OGOS 2009 - 5.00 PETANG
Harap anda tepati tarikh tersebut. Terima kasih

Monday, July 27, 2009

Takwin Terkini PPKP

MODUL DIPLOMA
MODUL 1 (Semester 1) : 1 OGOS 2009 (SABTU)
(Program CS 110, CS 113, AM 110, AC 110,
AC 120 & OM 114)

8 & 9 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
(Program BM 111, BM 112, BM 115, HM 111,
AD 110 & MC 110)


MODUL 2 (Semester 2) : 22 OGOS 2009 (SABTU)
(SEMUA PROGRAM)


MODUL 3 (Semester 3) : 29 OGOS 2009 (SABTU)
(Program AC 110, AC 120, AD 111, AD 117, AD 118, BM 111, BM 112, BM 115)


30 OGOS 2009 (AHAD)
(Program OM 114, CS 110, CS 113, HM 111,
AM 110 & MC 110)


MODUL 4 (Semester 4) : 15 & 16 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
(SEMUA PROGRAM)
(*Perlu dijalankan sebelum Bulan Ramadhan kerana modul ini melibatkan aktiviti explorace)


MODUL 5 (Semester 5) : 5 SEPTEMBER 2009 (SABTU)
(Program AC 110, AC 120, AD 111, AD 117, AD 118, BM 111, BM 112, BM 115 & OM 114)

6 SEPTEMBER 2009 (AHAD)
(Program CS 110, CS 113, HM 111, AM 110
& MC 110)

Friday, July 24, 2009

Kuliah Akan Bermula Pada 27 Julai 2009

Assalamualaikum,
Perhatian semua pelajar CS110 UiTM Kampus Alor Gajah

Kuliah akan bermula seperti biasa bermula dari 27 Julai 2009 (Isnin).

Kemungkinan anda telah mendengar berita bahawa UiTM seluruh Malaysia dan Kampus Bandar Raya Melaka akan bercuti pertengahan semester bermula pada 27 Julai - 2 Ogos 2009 tetapi untuk UiTM Kampus Alor Gajah dikecualikan. Ini kerana kita semua di Alor Gajah telah mula bercuti seminggu lebih awal iaitu dari 17 - 26 Julai 2009.
Ini juga untuk mengelakkan kelas perlu diganti pada hujung minggu.(Sabtu dan Ahad)

Jadi, semua pelajar diminta balik semula ke Kampus untuk memulakan kelas sebelum atau pada 27 Julai 2009 kerana kelas berjalan seperti biasa.


Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung dengan Koordinator Program atau pensyarah-pensyarah.


Friday, July 17, 2009

Tarikh Baru Untuk Tambah Dan Gugur Kursus

Tarikh akhir proses gugur dan tambah * 31 Julai 2009
Tarikh akhir pembayaran yuran 4 Ogos 2009
Tarikh akhir validasi kursus ** 10 Ogos 2009
Tarikh GUGUR TARAF 11 Ogos 2009

* proses gugur dan tambah dilanjutkan satu minggu:-
tarikh asal : 24 Julai 2009
tarikh baru : 31 Julai 2009

** proses validasi dipendekkan satu minggu:-
tarikh asal : 25 Julai - 10 Ogos 2009
tarikh baru : 1 Ogos - 10 Ogos 2009

(Perubahan tarikh-tarikh ini adalah kerana masalah akses server pendaftaran kursus pada minggu lepas)

Perhatian Kepada Pelajar Yang Sedang Menjalani Latihan Praktik

Assalamualaikum,
Bagi pelajar yang sedang menjalani latihan praktik, pastikan anda mendaftar subjek CSC398 -Latihan Praktik, membuat pembayaran yuran dan selepas 24 Julai, pastikan anda membuat validasi. Sebarang masalah berhubung dengan latihan praktik, validasi, sila berhubung dengan Koordinator Latiha Praktik - Puan Rosnani Abdulah



Sekian, harap maklum.

Thursday, July 16, 2009

PENDAFTARAN KURSUS

Assalamualaikum,
Sebarang masalah dengan pendaftaran kursus sepanjang 16 Julai - 24 Julai 2009, sila berhubung dengan Koordinator Program melalui handphone. Pastikan anda membuat pendaftaran segera di mana-mana anda berada untuk mengelak kesesakan..hehehe..

Jangan tunggu hingga tarikh akhir hari pendaftaran.

TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN


KALENDAR AKADEMIK




Normaziah Abdul Rahman

TARIKH BARU PROGRAM PEMBANGUNAN & KEPIMPINAN PELAJAR (PPKP)

MODUL DIPLOMA

MODUL 1 (Semester 1) : 25 JULAI 2009 (SABTU)
Program CS 110, CS 113, AM 110, AC 110, AC120 & OM 114


1 & 2 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
Program BM 111, BM 112, BM 115, HM 111, AD 110 & MC110

MODUL 2 (Semester 2) : 8 & 9 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)

MODUL3 (Semester 3) : 22 & 23 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)

MODUL 4 (Semester 4) : 15 & 16 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
(*Perlu dijalankan sebelum Bulan Ramadhan kerana modul ini melibatkan aktiviti explorace)

MODUL 5 (Semester 5/6) : 29 & 30 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)

KETIDAKHADIRAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Wednesday, July 15, 2009

Penasihat Akademik Untuk Setiap Kumpulan

Assalamualaikum,

Berikut adalah senarai nama Penasihat Akademik Untuk Setiap Kumpulan Pelajar


Kumpulan Penasihat Akademik

DCS1A Puan Normaziah Abdul Rahman

DCS1B Puan Zainab Othman

DCS1C Puan Jamaliah Mohd Taib

DCS1D Cik Wannoraini Abdul Latif

DCS1E Puan Normaziah Abdul Rahman

DCS2A Puan Nurulhuda Zainuddin

DCS3A Cik Norzatul Bazamah Azman Shah

DCS3B Puan Rohana Ramli

DCS4A Puan Noor Suriana Abu Bakar

DCS5A Puan Nur Asyira Naziron

DCS6A Encik Azmi Aminordin (bagi yang belum menjalani LP)

Pelajar yang Menjalani latihan Praktikal - sebarang masalah sila berhubung dengan Puan Rosnani Abdulah

Pelajar-pelajar semua boleh merujuk kepada Penasihat Akademik masing-masing untuk mendapatkan nasihat dari segi akademik dan bukan akademik seperti mengenai pendaftaran kursus berdasarkan pelan pengajian masing-masing dan membuat validasi pendaftaran pelajar



Monday, July 13, 2009

Langkah Berjaga-Jaga H1N1


TAQWIM PERLAKSANAAN PPKP JULAI – NOVEMBER 2009

Berikut adalah Modul PPKP semester ini

MODUL DIPLOMA

MODUL 1 (Semester 1) : 11 dan 12 JULAI 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL 2 (Semester 2) : 25 & 26 JULAI 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL3 (Semester 3) : 1 & 2 OGOS 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL 4 (Semester 4) : 8 & 9 OGOS 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL 5 (Semester 5/6) : 15 & 16 OGOS 2009
(SABTU & AHAD)

*Tertakluk kepada sebarang perubahan.



KETIDAKHADIRAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Friday, July 10, 2009

Selamat Datang Ke Blog CS110 UiTM Melaka

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, kita sekarang telah memulakan semester baru kuliah bagi Sesi Julai 2009. Jadi, diharap semester baru bermula, diharap semua pelajar CS110 akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Kepada semua pelajar baru CS110 yang baru mendaftar pada 27 Jun 2009, Selamat Datang Ke UiTM Melaka. Mulakan langkah anda dan aturkan strategi pembelajaran anda untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Kepada pelajar lama, teruskan perjuangan anda. Yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, tahniah dan kekalkan serta lipat gandakan usaha anda. Yang kurang cemerlang, saya yakin anda boleh buat, tanamkan semangat yang kuat untuk terus belajar. Saya yakin anda semua boleh mencapai kejayaan yang cemerlang kerana anda adalah merupakan pelajar yang pandai, sebab itu anda terpilih untuk ke sini. Cuma mungkin, anda semua mungkin terleka atau terpengaruh dengan kawan-kawan, atau mungkin terkena kejutan budaya belajar di IPT. Untuk makluman semua, cara pengajaran dan pembelajaran di IPT agak berbeza berbanding semasa kita belajar di peringkat sekolah. Dengan ini, bermulanya semester baru ini , ubahlah sikap dan tanamkan sikap positif yang mana anda boleh mencapai kejayaan.

Pelajar baru juga saya berharap begitu juga, timbalah ilmu dan anda boleh bertanya pengalaman dengan senior-senior anda atau anda boleh bertanya dengan semua pensyarah di sini. Kita hendaklah rajin bertanya. Kalau ada masalah dengan pembelajaran/akademik, rajin-rajinkan diri anda untuk bertanya dengan pensyarah. Kerana ingat pepatah orang tua, malu bertanya akan sesat jalan. Dengan itu, jika anda malu untuk bertanya, anda sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan untuk mencapai kejayaan. Diharap anda semua dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di IPTA.

Saya juga berharap dengan kewujudan blog ini, dapatlah saya dan pensyarah lain menyalurkan dan berkongsi maklumat dengan rakan pensyarah yang lain dan para pelajar terutamanya.

Jadi, apa lagi rajin-rajinkanlah diri anda untuk menjenguk blog ini.


Puan Maziah.