Pages

Thursday, December 23, 2010

Pendaftaran Pelajar

Assalamualaikum...
Pendaftaran Kursus Secara Online (tambah dan gugur) bagi Pelajar Lama adalah seperti berikut :

21 Disember 2010 - 24 januari 2011


Pelajar-pelajar boleh mengupdate nama kumpulan masing-masing.



Untuk pelajar part 2,
Sila tukar nama kumpulan mengikut senarai nama kelas yang telah saya tetapkan.(seperti di page senarai PART 2 JAN - APR 2011.)


Untuk makluman semua pelajar part 2 : sesiapa yang gagal dalam subjek ACC106 , CSC128 dan MAT210, yang gagal dua-duanya atau ketiga-tiganya, saya telah masukkan ke dalam kelas CS1102B.
Manakala yang gagal MAT210 sahaja, saya masukkan ke kelas CS1102D.
Jadi, kesemua subjek kena ikut kelas yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timetable - clash.
Sesiapa yang repeat subjek MAT210, saya tidak galakkan ambil subjek MAT263, kerana agak membebankan untuk anda semua mengambil 3 subjek Matematik sekaligus di dalam satu semester.


Untuk pelajar part 4
Untuk yang TIDAK mengulang apa2 subjek, anda boleh pilih sama kelas CS1104B atau CS1104D.
Walaubagaimanapun, untuk 4B dan 4D, pendaftaran kelas mengikut kekosongannya Maksimum satu kelas hanya 30 orang sahaja.
Kelas CSC1104A - untuk mereka yang repeat subjek CSC238 atau MAT233.
Kelas CS1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT183
Kelas CSC1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT233.
Jadi, pelajar part 4, pilihlah kelas anda sendiri


Kepada semua pelajar, sebarang masalah bolehlah terus menghubungi saya atau kita jumpa semasa perjumpaan.


Jangan lupa perjumpaan kita pada 2 Januari 2011.
Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
KP CS110

Tuesday, December 14, 2010

Pendaftaran dan Perjumpaan Dengan Pelajar CS110

Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar lama pelajar CS110 (part 2 ke atas) bagi semester Januari - April 2011 adalah pada :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 8.00 pagi - 12.30 tengahari


Tempat : Dewan Syahbandar


Semua pelajar perlu membuat pendaftaran pada hari ini (wajib) . Ini termasuk pelajar part 6 dan part 7 yang akan menjalani latihan praktikal.


Bagi pelajar yang akan menjalani latihan praktikal, buku kuning dan buku log akan diberiksan pada masa hari pendaftaran ini.


Manakala satu perjumpaan Koordinator CS110 dengan pelajar part1, part 2, part 3 dan part 4 akan diadakan pada hari tersebut juga iaitu :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 2.30 petang


Tempat : DK1


Semua pelajar part 2, part3 dan part 4 adalah WAJIB. Perjumpaan ini akan menentukan kelas anda terutamanya yang ada repeat paper.


Ini adalah makluman awal supaya tidak alasan tiada tiket atau tidak sempat balik.

Bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajar ke ISM (part 4), sila maklumkan kepada saya untuk memudahkan perancangan kelas.


Sebarang masalah berhubung dengan pendaftaran kelas, sila hubungi saya atau boleh berbincang pada semasa perjumpaan 2 Januari 2011 nanti.


Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
Koordinator CS110

Pencapaian Akademik Pelajar Pada Semester Julai - November 2010

Assalamualaikum,
Alhamdulillah semua urusan peperiksaan pada semester lepas telah selesai. keputusan peperiksaan telah diumumkan pada 10 Disember 2010. Diharap semua pelajar gembira dan berpuashati dengan keputusan yang diperolehi. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah diucapkan dan yang tidak begitu memberangsangkan, cubalah bermuhsabah , apa yang telah berlaku dan teruskan berusaha.

Pada semester Julai - November 2010 , pencapaian adalah seperti berikut :

Pelajar Tamat

Seramai 15 orang pelajar yang berjaya menamat Diploma Sains Komputer dan seorang pelajar berjaya mendapat ANC. Pelajar-pelajar tersebut adalah :

Khairul Umam bin Md Sairi (ANC)
Ali Imran bin Abdul Rahim
Mishafize Mohd Nor bin Khamis
Mohd Sofi bin Ab Wahab
Norhafiza binti Dakhim
Nur Rina binti Ab Shukor
Nur Syakira bt Redzuan
Nurul Khairiyah binti Salamat
Siti Nurul Ain bt Rosmadi
Zaidahtul 'Ilmi binti Ismail
Ahmad Danial bin Azham
Hamizulfaiz bin Sapwan
Mohamad Hafiz bin Azmi
Muhammad Safwandinie bin Mad Yusop
Nur Athirah bt Ahmad Foad
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat Diploma Sains Komputer.


Penerima Anugerah Dekan

Seramai 30 orang berjaya mendapat sijil Anugerah Dekan iaitu :

Amirul Khairin bin Khairuddin
Azura binti Ibrahim
Fatin Amira binti Mohd Isa
Mawaddah binti Mohd Zulkimi
Mohammad Adhwa binti Abdul Latif
Mohd Nazrin bin Mohd Nasir
Muhammad Adlan Shah bin Abdul Malek
Muhammad Bazil bin Dahamad
Munira binti Abd Rahman
Nadia Farhana binti Azman
Noor Syazreen Syazwanee binti Abdul Jalil
Nur Faezah binti Osman
Nur Syafiqah binti Munir
Sharina binti Ab Wahid
Siti Nazeha binti Jaafar
Adibah Syuhadah binti Abdul Rahman
Amir Mukhlis bin Kushairi
Ammar bin Md Nasir
Mohamad Harith bin Mohamad Rozlan
Muhammad Firdaus bin Mohd Zelani
Muhammad Shaheer Iqmal bin Shamsuddin
Nabilah binti Roslan
Sharifah Ainur Asma binti Syd Abu Bakar
Shazmin Fatimah binti Zuhairi
Hanis Izzaty binti Abul Jalil
Mashitah binti Ibrahim
Nor Sakinah binti Abdullah
Norshatun Radhiah binti Musa
Nur Adilah binti Zahidin
Siti Safira binti Rashid

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat Anugerah Dekan , diharap terus kekalkan sehingga habis Diploma. Kepada yang tidak berjaya mendapat Anugerah Dekan, tanamkan dalam semangat untuk berusaha mendapatkannya. Di samping itu, jangan lupa jaga peribadi dan akhlak yang mulia.

Di samping itu, ada berita yang agak menyedihkan kerana seramai 10 orang pelajar diberhentikan kerana pencapaian CGPA kurang daripada 1.8. (Kesemua pelajar part 1) .Jadi kepada pelajar-pelajar ini, jangan putus asa...buat muhasabah diri, ada hikmah disebalik kegagalan anda semua.


Pada semester ini, kita ada menerima dua orang pensyarah baru iaitu Encik Mohd Hafifi bin Supir dan Puan Mazliana Hasnan. Selamat datang diucapkan kepada pensyarah baru ke UiTM Melaka.

Pada semester depan, banyak aktiviti telah dirancangkan untuk dijalankan. Diharap semua warga CS110 dapat memberi kerjasama. Maklumat aktiviti akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, harap maklum.


Normaziah Abdul Rahman

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, peperiksaan telah tamat pada 14 November 2010. Jadi semuanya telah merdeka.....untuk semester ini ....

Jadi, ambil peluang ini dengan mengisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, seperti menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah, jangan penuhi masa lapang anda dengan tidur sahaja.

Cuba penuhi masa dengan membaca, membuat sesuatu yang berfaedah. Kerana sebagai pelajar CS, mungkin boleh penuhi masa dengan cuba membuat produk seperti multimedia product, dengan ini boleh cuba masuk untuk bertanding dalam IID 2011 pada tahun hadapan. Mana tau, kalau ada rezeki, anda boleh menang. Sepanjang dua tahun IID diadakan, alhamdulillah kesemua produk daripada pelajar dan staff FSKM akan pulang dengan pingat...sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Pada tahun 2010 ini, 3 produk daripada FSKM dipertandingkan, kita memenangi satu pingat emas dan dua pingat perak. tahniah diucapkan kepada :

1. Gold Award - FSKM E-Buletin oleh Safwandinie, Hamizulfaiz, Normaziah, Nurulhuda
2. Silver Award - Interactive Map Of UiTM Melaka oleh Ismeth Zain, Norzatu Bazamah
3. Silver Award - Nor Masri, Datuk Prof. Dr Hj Mizan, Mohd Saiyidi, Azmi

Di samping itu, jagalah kesihatan dan jaga diri serta peribadi masing-masing.


Akhir kata,
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA......

Wednesday, October 20, 2010

Good Luck For Your Exam....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kita sudah selesai satu semester untuk kuliah, sekarang ni masa untuk study week kerana peperiksaan akan bermula pada 25 Oktober hingga 14 November 2010.

Jadi ambillah peluang yang diberikan semasa study week untuk mengulangkaji dengan membaca, membuat latihan seperti latihan dalam buku,past year question. Sebarang masalah, jangan segan-segan berjumpa dengan pensyarah.

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini, minta restu daripada ibu bapa dan juga pensyarah-pensyarah. Mohon maaf dengan ibu bapa dan juga pensyarah jika ada silap salah kata dan perbuatan kerana kadang2 kita tidak sedar. Kerana doa ibu bapa kita yang paling berharga selain daripada kita berusaha.

Begitu juga dengan kawan-kawan, bermaaf-maafan jika terlebih gurau senda dan kata-kata dengan kawan-kawan.

Selain itu, untuk menduduki peperiksaaan , jangan lupa untuk :
1. Membawa slip menduduki peperiksaan - ini boleh didapati daripada student portal
2. Kad pelajar
3. Alat tulis yang berkaitan
4. Kalkulator (jika berkenaan)


Akhir kata, sentiasalah berusaha dan jangan membuang masa dengan benda-benda yang melekakan. Jangan lalai dengan suruhan Allah iaitu solat, banyakkan solat hajat, berdoa memohon kejayaan dan memberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan serta banyakkan membaca Al_Quran


Hargai masa yang ada....peluang yang diberikan dan orang-orang di sekelilingi kita....

Thursday, October 14, 2010

SUFO & PENDAFTARAN PADA SEMESTER JAN 2011

Assalamualaikum,
Seperti yang kita sedia maklum....no SUFO no Result Dan No Registration No Result....
Pastikan pelajar semua membuat tanggungjawab anda...
Pastikan anda membuat pendaftaran kursus bermula 4 oktober - 22 Oktober 2010

Pastikan anda semua membuat SUFO, bermula 6 September hingga 17 Disember 2010....



Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 5, 2010

Perbentangan Pelajar Praktikal CS110

Assalamualaikum,
Perbentangan pelajar praktikal yang menjalani latihan praktikal di Melaka dan Negeri Sembilan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2010
Tempat : Makmal Komputer 7 dan 8 , UitM Alor Gajah
Masa : 9.00 - 1.00 tengahari


Anda wajib membentangkan projek anda, sebarang masalah sila berhubung dengan pensyarah penyelia anda semua.

Wednesday, September 29, 2010

Majlis Makan Malam & Graduasi AreCS

Assalamualaikum..
Kepada semua warga AreCS,
Majlis Makan Malam dan Graduasi AreCS akan diadakan pada :

Tarikh : 1 Oktober 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Bendahara




Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis!!


Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Sempena bulan yang mulia ini, saya mewakili semua pensyarah Sains Komputer mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin.

Semepena cuti raya dua minggu ini, diharap semua jangan leka berhari raya sahaja. Ambillah peluang bercuti ini dengan lihat kembali mana2 kelemahan kita, subjek2 yang lemah dan cuba buat ulangkaji.
Kerana selepas raya, anda semua hanya mempunyai 4 minggu kuliah sahaja sebelum peperiksaan akhir bermula.

Di akhir Ramadhan ini juga, sama2 kita menjalani ibadat dan carilah malam Lailatul Qadar. Berdoalah.....supaya dimudahkan perjalanan hidup kita semasa kita mencari ilmu untuk memperbaiki hidup kita serta keluarga.


Berhati-hati di jalan raya.....

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, July 20, 2010

Pencapaian Pelajar Pada Semester April 2010

Assalamualaikum...
Kali ini, agak lambat saya memaklumkan pencapaian pelajar pada semester yang lepas.
Saya mulakan dulu dengan pencapaian penerima sijil Anugerah Dekan.Seramai 16 orang menerima sijil Anugerah Dekan. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya, teruskan kekalkan pencapaian anda dan kalau boleh capai yang lebih baik.

Berikut, adalah senarai nama pelajar yang menerima Sijil Anugerah Dekan...

CHE WAN MOHD ARRAZEE BIN CHE WAN ALIAS
AMIR MUKHLIS BIN KUSHAIRI
AMMAR BIN MD NASIR
FAIZ ASYRAF BIN ABDUL AZIZ
MOHAMAD HARITH BIN MOHAMAD ROZLAN
MUHAMMAD SHAHEER IQMAL BIN SHAMSUDDIN
NURULSYAZANA BINTI MAZLAN
SAYYID HAZIQ BIN ROSFAN
MASHITAH BINTI IBRAHIM
NOR SAKINAH BINTI ABDULLAH
NORAMIRA BINTI ISMAIL
NORSHATUN RADHIAH BINTI MUSA
KHAIRUL UMAM BIN MD SAIRI
NURUL KHAIRIYAH BINTI SALAMAT
MOHAMAD HAFIZ BIN AZMI
NABILAH BINTI ROSLAN


Bagi mereka yang tidak berjaya mencapaikan, tanamkan niat di dalam hati bahawa pada semester ini, anda boleh mencapainya, dan mungkin cemerlang lagi. InsyaAllah
Pada semester ini, Alhamdulillah seramai 16 orang pelajar telah tamat. tahniah diucapkan kepada mereka. Mereka yang tamat adalah :

AIMI FARAHIN BINTI MOHAMAD
AMIN FARHAN BIN JAFRI
MOHAMAD AZRIQ BIN MOHAMAD ARSHAD
MOHAMMAD NURDIN B NORAZAN
MOHD FAREZ HELMI BIN IBRAHIM
MOHD HAFIZUDDIN BIN RAHIM
MOHD SYUKRI BIN SADRI
MUHAMMAD SYAFIQ B SHARIFFULIZAN
MUHAMMAD ZULKAMAL HISHAM BIN ZULKIFLI
NABILAH BINTI ZULKFALI
NUR FADILAH BTE MOHD SANI
NUR LINA SYAHIRA BINTI MD SHAH
NUR ZATIL AINA BINTI MOHD ZAKI
ZAHIDAH BINTI MOHAMMAD
SUMIATI BINTI BERAHIM
MUHAMMAD TAUFIQ BIN BAHAROM


Pada semester Julai 2010 ini juga, alhamdulillah kita menerima 115 orang pelajar baru, dan mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan pelajar. Bertambah ramai lagilah warga Diploma Sains Komputer. Moga dikekalkan lagi bilangan kemasukan pada semester akan datang.
Pada semster ini, dua orang pensyarah Sains Komputer telah berpindah ke UiTM Kuala Pilah iaitu Puan Rosnani Abdullah dan Puan Jamaliah Mohd Taib. Selamat berpindah dan jangan lupa kami di Melaka.
Di samping itu, kita juga menerima dua orang pensyarah baru iaitu puan Zamlina Abdullah dan Cik Nurulhuda Ghazali. Selamat datang diucapkan kepada dua orang pensyarah baru ini.
Pada semester Julai ini, juga banyak aktiviti yang dirancangkan sepanjang semester ini. Nanti saya akan update info ini pada entri yang akan datang.
Sekian, wassalam...



Normaziah Abdul Rahman
Koordinator CS110

Monday, July 12, 2010

PENASIHAT AKADEMIK

Assalamualaikum....
Berikut adalah nama bagi penasihat akademik :


DCS1A
Normaziah Abdul Rahman

DCS1B
Cik Nurulhuda Ghazali

DCS1C
Cik Siti Fatimah Mohd Rum

DCS1D
Encik Azmi Aminordin

DCS2A
Puan Nur Asyira Naziron

DCS3A
Cik Fadhlina Izzah Saman

DCS3B
Puan Zainab Othman

DCS3C
Puan Zamlina Abdullah

DCS3D
Cik Wannoraini Abdul Latif

DCS3E
Encik Nor Masri Sahri

DCS4A
Puan Nurulhuda Zainuddin

DCS5A
Puan Rohana Ramli

DCS6A
Puan Noor Suriana Abu Bakar (bagi yang belum menjalani LP)

PelajarPraktikal
Puan Ku Fauziah Ku Baharuddin

Anda boleh berjumpa dengan penasihat anda jika anda mempunyai masalah kerana penasihat akademik anda boleh bertindak :
1. Sebagai kaunselor peribadi untuk membantu menyelesaikan masalah dari segi akademik dan
bukan akademik.
2. Mengesahkan validasi pendaftaran anda
3. Memantau keputusan peperiksaan anda terutamanya pelajar yang lemah.



Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Pendaftaran, Tambah dan Gugur Kursus

Aktiviti / Tarikh

Pendaftaran Kursus Pelajar Lama secara Online
22 Jun – 18 Julai 2010

Kuliah bermula
5 Julai 2010

Pendaftaran Kursus Pelajar Baru secara Online
5 – 25 Julai 2010

Tarikh akhir pembayaran yuran
5 Ogos 2010

Tarikh Akhir Pengesahan (Validasi) Kursus Terdaftar
10 Ogos 2010

GUGUR TARAF - GT
11 OGOS 2010

Pelajar Mula Cetak Slip Menduduki Peperiksaan
12 Ogos 2010

TAQWIM PERLAKSANAAN PPKP JUL - NOV 2010

MODUL 1 (Semester 1) : 24 & 25 JULAI 2010 (SABTU & AHAD)
(Program AD 110, AM 110, CS 110, CS 113 & HM 111)


MODUL 2 (Semester 2) : 31 JULAI & 1 OGOS 2010 (SABTU & AHAD)
(CS 110, CS 113, AM 110, AC 110, AC 120, HM 111 & OM 114)
7 & 8 OGOS 2010 (SABTU & AHAD)
(BM 111, BM 112, BM 115, AD 111, AD 114, AD 117, AD 118 & MC 110)


MODUL3 (Semester 3) : 21 & 22 OGOS 2010 (SABTU & AHAD)
(OM 114, CS 110, CS 113, AM 110, AC 110 &
AC 120)


MODUL 4 (Semester 4) : 25 & 26 SEPTEMBER 2010 (SABTU & AHAD)
(SEMUA PROGRAM)


MODUL 5 (Semester 5/6) : 28 & 29 OGOS 2010 (SABTU & AHAD)
(SEMUA PROGRAM)

Tuesday, June 15, 2010

Pendaftaran Kelas

Assalamualaikum,
Saya percaya semua pelajar telah lihat keputusan peperiksaan masing-masing. So, macam mana?
Naik atau turun.
Tahniah diucapkan kepada semua.
Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan....jangan berputus asa...teruskan usaha anda..cuba muhasabah diri sendiri.

Add dan Drop Kursus boleh dibuat mulai minggu hadapan iaitu 22 Jun 2010 (sila rujuk student portal).

Oleh itu, bagi pelajar part2..(bakal part 3), mungkin ramai yang perlu repeat paper.
Jadi untuk memudahkan perjalanan dan perjadualan anda...
1. Siapa yang perlu ulang CSC138, CSC159 atau MAT183, sila daftar untuk kesemua subjek di dalam kelas DCS3A.
2. yang mengulang atau yang baru nak daftar MAT263 dan MAT183 sahaja tanpa subjek CSC, sila daftar kelas DCS3c.

Sebarang masalah, sila berhubung dengan saya...selepas 23 Jun 2010. Kerana 18 - 22 Jun 2010, saya akan bercuti.
Pada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada 21 - 23 Jun 2010, Good LUCK
Fokus kepada belajar dan pepriksaan. hal2 pendaftaran buat selepas peperiksaan.



Sekian, harap maklum

Saturday, May 22, 2010

Bagaimana untuk memenuhi masa cuti ??

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....
Peperiksaan telah tamat...apakah agaknya keputusan peperiksaan anda....
Naik?
Turun?
Sama?

Itu kita semua kena tungguuuuuuuuuuuu.........

Jadi, bagi sesiapa yang rasanya masa peperiksaan tak boleh buat, penuhi masa cuti dengan lihat-lihat sikit soalan atau buat ulangkaji skit2...
Jangan asyik main facebook je....saya lihat ramai betul yang aktif dalam facebook...
Facebook ni baik kita buat perkara yang positif, spt bertukar-tukar pendapat, berbincang perkara-perkara yang berfaedah dan jana pendapatan.
Tetapi, jangan salah guna.....seperti games, borak-borak kosong sampai tidur pun 3 -4 pagi...jadi bangun pun lambat.....
Bila bangun lambat...solat subuh pun liat...
Bila2 setiap hari bangun lambat...dah jadi kebiasaan....
Bila jadi kebiasaan .....bila buka semester pun dah biasa bangun lambat...jadi lambat ke kelas....
Bila lambat ke kelas....pensyarah marah dan fikiran kita tak boleh fokus....
Bila tak boleh fokus.....banyak ketinggalan dalam pembelajaran....
Bila banyak ketinggalan.......apa jadi yerk???

Fikirlah sendiri jawapannya.....bab kata Nabil (Raja Lawak)...lu fikirlah sendiri......

Bagi yang sedang menjalani intersesi.....
Saya harap...please focus....kerana masa untuk intersesi 5 minggu sahaja + 1 minggu untuk exam...
Jangan nak enjoy...honeymoon.....jangan banyak tidur petang....
Gunalah masa yang ada untuk belajar, perbincangan dalam kumpulan....ambillah peluang yang ada ini..untuk belajar...kerana anda semua bayar untuk intersesi ini untuk betulkan pencapaian anda dan mengurangkan beban pada semester yang akan datang.....
Daripada buang masa masa cuti...baiklah belajar.....
Kalau gagal...siapa yang rugi?? Anda ?? Saya?? Pensyarah???....sudah semestinya anda......

Dan paling penting ingat pada Ibu bapa kita....susah payah mereka carikan duit untuk kita utk bayar yuran sama ada semester intersesi atau biasa...untuk makan kita semasa belajar....untuk beli buku atau fotostat nota.... tapi apa yang kita balas untuk mereka? Keputusan yang cukup2 makan? cemerlang? atau sederhana.....
Mungkin antara pelajar datang daripada orang yang berada...mungkin masalah ini tidak timbul...tapi mungkin ada ayah cuma kerja sebagai petani....nelayan...pengawal keselamatan...tukang jahit...peneroka

Mereka kerja mengikut shif.....kadang2 pagi dan kadang2 malam....menjahit sehingga lenguh tangan....duduk di tengah laut , bertarung nyawa....bangun pagi2 untuk mengait kelapa sawit... tapi anda sebagai anak ...apa yang anda buat?
Anda hanya disuruh belajar....jadi apa yang perlu anda buat???
1. Belajar???
2. Habiskan masa - dengan main game, menonton video, berbual kosong???
3. Top up prepaid??
Sedangkan ibu bapa anda berhempas pulas mencari duit untuk menyara anda dan memberi makan anak2 yang lain.....
Mungkin ada yang terpaksa bergolok gadai untuk mencukupkan duit untuk hantar anda ke UiTM....jadi bagaimana anak hendak balas jasa mereka......


Fikir-fikirkan la....

Tak kiralah siapa ibu bapa kita....orang senang atau susah...tapi HARAPAN ibu bapa kita sama...
Supaya anak yang mereka hantar pada hari pendaftaran... pulang membawa keputusan yang cemerlang...yang boleh dibanggakan....bukan hanya cukup-cukup makan....

Cuba bayangkan apakah perasaan mereka apabila melihat keputusan anda yang ada D, E atau F bagi sesetengah subjek? CGPA di bawah 2.00? atau antara 2.00 - 2.5 sahaja?

Ada yang telah dapat bidang ini...tetapi tak minat? Kenapa? Macam mana nak minat?
Tetapi apa anda nak buat.....nak bidang? Fikir bidang apa yang anda nak buat? Engineering? Business? Dah pernah minta ke bidang yang anda minta? Kalau pernah minta....adakah anda layak....
Jadi, pendapat saya...anda dah ada dalam bidang ini...setelah habis satu semester? setahun atau lebih...takkan nak buang masa begitu sahaja......teruskan sahaja.....apa2 bidang pun sama susahnya...nak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.....

Anda tanyalah kakak2 dan abang2 yang telah bekerja....penat tak kerja? Jawapannya pasti sama ......penat...masa tu lah baru tersedar...ruginya tak belajar betul2 dan tak ambiil peluang...
Kalau anda semua tanya saya...mana best kerja atau belajar....saya akan jawab masa belajar...Kenapa ye?
Takde komitment....tak payah fikir macam mana nak cari duit......
Yang kita tahu...pergi kuliah, buat assignment, sesekali pergi ke aktiviti persatuan....makan minum...kalau rajin,bersukan......itu sahaja....
Jadi ambil lah peluang yang ada untuk belajar.....

Fikir-Fikirkan yer.........


Normaziah

Sunday, May 16, 2010

i-hack 2010 competition in Uitm Shah Alam

salam to all,
guys..i-hack 2010 is back!!!...to all uitm melaka students..whoever have the x factor for this competition, please let me know coz i'm planning to bring you guys for this event...you can view the competition details at www.fskm.uitm.edu.my/ihack2010 or find in facebook look for i-hack 2010..
come on guys..form 1 or 2 teams from uitm melaka..prove that we at melaka are not alone..make us proud..
you can contact me for more information..
Nor Masri Sahri (NMS)..

Friday, April 23, 2010

Perbentangan Pelajar Praktikal

Assalamualaikum
Perbentangan pelajar praktikal yang menjalani latihan praktikal di Melaka dan Negeri Sembilan akan diadakan pada :
Tarikh : 6 Mei 2010
Jam : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer 7 & 8
Kehadiran adalah WAJIB untuk pelajar yang menjalani latihan praktikal di Melaka dan Negeri Sembilan. Pelajar yang gagal hadir untuk membuat perbentangan boleh dikira gagal dalam latihan praktik (CSC398)

Pelajar CS110 yang lain dijemput hadir untuk melihat bagaimana perbentangan perlu diadakan, bertanya pengalaman rakan-rakan semasa menjalani latihan praktikal.

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN AKHIR APRIL 2010

Assalamualaikum...
Di sini, semua pensyarah Sains Komputer ingin mengucap Good Luck kepada semua pelajar CS110.
Semoga dapat menjawab soalan dan diberi kesihatan yang baik.

Jangan lupa berdoa dan dapat restu daripada ibu bapa.

Friday, March 26, 2010

SUKANEKA AreCS 2010

TARIKH: 3 APRIL 2010
HARI: SABTU
TEMPAT: DATARAN PENTADBIRAN
(sebelah Pejabat Bendahari)
MASA: 7.00 pagi - 2.00 petang
PAKAIAN: SUKAN


*warna t-shirt akan ditentukan :)

*SEMUA PELAJAR CS110 WAJIB HADIR!

TENTATIF
0700 - 0800
kedatangan pelajar

0800 - 0830
taklimat/sesi pengenalan

0830 - 0930
sukaneka 1

0930 - 1000
minum pagi

1000 - 1300
sukaneka 2
sukaneka 3
sukaneka 4
sukaneka 5
sukaneka 6

1300 - 1400
makan tengahari
majlis penutup
penyampaian hadiah

1400
bersurai

p/s: semua acara sukaneka dirahsiakan!


Thursday, March 11, 2010

NEW PROCEDURE OF COURSE REGISTRATION

Assalamualaikum,


COURSE REGISTRATION
Before the current semester ends, students choose and register course codes and
groups
- REGISTRATION PERIOD - 29 MARCH - 16 APRIL 2010


FINAL RESULTS
- 10 JUN 2010


DROP/ADD
After results are announced, students update their course registration, if necessary
- DATE : 2 JUN - 25 JULY 2010


VALIDATION OF COURSES REGISTERED
Ensure that all courses have been registered and all registered courses are correct
- DATE : 26 JULY - 10 AUGUST 2010

"THOSE WHO DO NOT REGISTER THEIR COURSES DURING THE PERIOD OF 29 MARCH - 16 APRIL 2010 WILL NOT BE ALLOWED TO CHECK THEIR FINAL RESULTS UNTIL THEY COMPLETE THEIR COURSE REGISTRATION "


NO REGISTRATION , NO RESULTS (NRNR)

LAPORAN SAFA 2010' ''WHEN THE LIONS ROAR''


KEDUDUKAN KESELURUHAN FAKULTI DALAM
KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI
(SAFA) 2010 UITM MELAKA

Tempat Pertama : FPP (230 mata)

Tempat Kedua : FSPPP(190 mata)

Tempat Ketiga :FSKM (170 mata)

Tahniah kepada FSKM yang berjaya mendapat tempat ketiga. Teruskan usaha dan semoga lebih berusaha pada SAFA 2011.

Wednesday, March 3, 2010

JOM HEBOHKAN KARNIVAL ICT DAN MATEMATIK 4 - 7 MAC 2010 UITM MELAKA!!!!



Aturcara Program :

  • Jualan dan Pameran (4 - 5 Mac 2010) - Ruang Legar HEA
  • Pertandingan FIFA10 dan Counterstrike (4 - 5 Mac 2010) - MK 7 & 8
  • Pertandingan pengaturcaraan dan multimedia (7 Mac 2010) - MK7 & 8
  • Math Riddles dan Math Race (7 Mac 2010) - Sekitar UiTM
  • Seminar ICT (7 Mac 2010) - DK1
  • Bengkel Melanjutkan Pelajaran di FSKM (7 Mac 2010) - DK1
  • Taklimat "Job Camp" (7 Mac 2010) - DK2
  • Bengkel Adobe Photoshop - (7 Mac 2010) - MK7 & MK8

Sama-sama kita memeriahkan dan menjayakan Karnival ICT dan Matematik 2010 yang dianjurkan oleh FSKM

KEPUTUSAN SAFA FASA PERTAMA

Assalamualaikum....
Berikut adalah keputusan SAFA bagi FSKM untuk minggu pertama.

27/2/09(Sabtu)
Bolasepak - Johan ( Final : FSKM menang penentuan sepakan penalti dgn FPP)
Bola Baling (W) - Naib Johan (Final : FSKM tewas kpd FSPPP dgn jaringan 3 - 6)
Bola Baling (L) - Separuh Akhir (Separuh akhir : FSKM tewas kpd FSPPP)
Badminton - Separuh Akhir (Separuh akhir : FSKM tewas kpd FSPPP 1-2)

28/2/09 (Ahad)
Futsal (L) Pasukan A - Naib Johan (Final : FSKM tewas penentuan sepakan penalti kpd FPN)
Futsal (L) Pasukan B - Suku Akhir (tewas kpd FSKM A 1-3)
Futsal (W) Pasukan A - Naib Johan (Final : FSKM tewas kpd FPP dgn jaringan 0-1)
Futsal (W) Pasukan B - Pusingan awal (dibatalkan penyertaan atas kesilapan teknikal dan bantahan dari fakulti lain)

Mata Keseluruhan:
1. FPP - 130 mata
2. FSKM - 110 mata
3. FSPPP - 80 mata

SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pemain dan pengurus pasukan terutamanya Encik Mazlan Salleh yang bertindak wakil sukan FSKM.


Diharap teruskan perjuang untuk perlawanan pada minggu hadapan walaupun bertembung dengan Karnival ICT dan Matematik 2010

Monday, February 8, 2010

PERMOHONAN PENERAPAN PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR KE IJAZAH SARJANA MUDA



Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) akan membuka permohonan atas talian bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Julai 2010 kepada pelajar Diploma Semester Akhir UiTM dan Lepasan Diploma UiTM/Kolej Bersekutu mulai 2 hingga 23 Februari 2010. Pelajar perlu memohon melalui Student Portal UiTM yang melibatkan pengambilan ke program:

1. PENERAPAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAGI PELAJAR SEMESTER
AKHIR DIPLOMA UITM/KOLEJ BERSEKUTU UITM
2.PENERAPAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN, PERGIGIAN DAN
FARMASI SEPENUH MASA
3.PENERAPAN KE PROGRAM PROFESIONAL UITM
Kepada pelajar yang telah memohon ke program Ijazah Sarjana Muda UiTM melalui Bahagian Pengurusan KemasukanPelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pelajar perlu membatal permohonan tersebut. Permohonan melalui Student Portal UiTM sahaja akan di proses untuk pemilihan.

Sebarang pertanyaan pihak Yang Berbahagia Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh merujuk kepada Bahagian Pengambilan

Pelajar dengan menghubungi Puan Badariah Bahruddin dan Puan Nadiatul Indah Mohd Tahir di talian 0355443195/3198.

Sekian, terima kasih
Muhamad Nizam Noordin
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pengambilan Ijazah
Bahagian Pengambilan Pelajar

INTERSESI 2010

Maklumat Intersesi:
Tempoh:5 minggu
Tarikh (Tentatif) :17 Mei – 18 Jun 2010
Lokasi : Akan dimaklumkan kemudian
Yuran: RM200/kursus +RM1 caj Bank Islam
PROSES PRA- PENDAFTARAN

Kepada pelajar yang berminat, sila beri nama kepada Ketua Program bagi program masing-masing selewat-lewatnya pada 10 Februari 2010 untuk pra-pendaftaran kursus.

Penawaran sesuatu kursus tertakluk kepada kelulusan pihak Lembaga Akademik Fakulti dan bilangan pelajar yang sesuai dari Pra-Pendaftaran ini.

Notis pemberitahuan penawaran kursus dan proses pendaftaran kursus intersesi akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 1 Mac 2010.
Syarat - Syarat Intersesi - sila rujuk notice board CS110

Tuesday, February 2, 2010

Proses Validasi Telah Bermula

Assalamualaikum....
Sistem pendaftaran kursus akan ditutup kepada pelajar dan staf pada hari ini, 2 Februari 2010 (Selasa) jam 12.00 pm.

Sistem akan dibuka semula pada 2 Februari 2010 (Selasa) jam 2 pm kepada :
- Pelajar : skrin validasi kursus

Sila buat proses validasi secepat mungkin di Student Portal , print 3 salinan, (HEA, Penasihat Akademik dan diri sendiri)

Hanya pelajar yang membayar yuran dengan status Y1,Y2,Y3 sahaja dibenarkan untuk melakukan validasi. Bagi pelajar yang berstatus Y4 ( Masih Terdapat Bil Yuran Belum Dibayar), sila maklumkan pelajar untuk membayar yuran secara keseluruhan ataupun mengugurkan kursus yang belum dibayar.

Wednesday, January 27, 2010

Kaunter Pendaftaran Kursus dan Kaunter Validasi Sesi Disember 2009-April 2010.

Kepada Siswa / Siswi CS110 sekalian,

Pihak HEA akan membuka Kaunter Pengesahan Pendaftaran Kursus (Validasi Muktamad) pada :

Tarikh : 2 hingga 4 Februari 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tgh
2.30 ptg hingga 4.30 ptg
Tempat : Di hadapan Dewan Kuliah 1 dan 2
Bangunan KPP


Pelajar diminta mencetak sendiri Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) di dalam Portal Pelajar sebanyak 3 salinan, tandatangan dan dapatkan cop pengesahan dari Penasihat Akademik masing-masing sebelum berurusan di kaunter pendaftaran.

Satu salinan pengesahan kursus / validasi hendaklah diberi kepada pihak HEA, Penasihat Akademik dan simpanan untuk pelajar.

Pelajar diwajibkan menghantar sendiri penyata tersebut untuk semakan dengan pihak HEA serta menandatangani di dalam senarai nama yang disediakan.
Penasihat Akademik

DCS1A Puan Normaziah Abdul Rahman
DCS2A Puan Normaziah Abdul Rahman
DCS2B Puan Zainab Othman
DCS2C Puan Jamaliah Mohd Taib
DCS2D Cik Wannoraini Abdul Latif
DCS2E Encik Nor Masri Sahri
DCS3A Puan Nurulhuda Zainuddin
DCS4A Puan Rohana Ramli
DCS5A Puan Noor Suriana Abu Bakar
DCS6A Puan Nur Asyira Naziron(bagi yang belum menjalani LP)
DCS7A Encik Azmi Aminordin (bagi yang belum menjalani LP)
PelajarPraktikal Puan Rosnani Abdulah

Perhatian dan kerjasama saudara / saudari diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum

Mari Mengundi...pemilihan MPP

Assalamualaikum,
Semua pelajar CS110 UiTM Melaka DIWAJIBKAN mengundi pada
Tarikh : 28 Januari 2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Syahbandar, Bangunan KPP dan Blok B(HEA Lama)

Sama-sama kita memilih calon MPP kita. FSKM mempunyai 3 calon, iaitu seorang pelajar CS110 dan 2 orang pelajar CS113, jadi pilihlah calon yang sesuai.

Friday, January 22, 2010

PENASIHAT AKADEMIK

Salam and hi to all,
for your information , I have been appointed as PA for DCS2E by our faculty..I am new in this field so i hope that all of you CAN HELP ME TO HELP YOU better especially DCS2E students..As mentioned by Puan Maziah before, please remember all the important things that need to do during your validation time period..To DCS2E, if got any problem dont hesitate to call me, 0122822353..
thanks again and good luck

En Masri

Tuesday, January 19, 2010

TARIKH PENDAFTARAN KURSUS DILANJUTKAN

Assalamualaikum...
Tarikh pendaftaran/gugur kursus telah dilanjutkan sehingga 1 Februari 2010 (Sila rujuk Student Portal).

Sementara itu tempoh validasi adalah sama. Dengan ini, diharap para pelajar yang telah pendaftaran mereka boleh terus membuat validasi, mencetak slip pendaftaran yang telah dibuat validasi dan mendapat pengesahan daripada Penasihat Akademik masing-masing.

Buat 3 salinan : 1 - untuk diri sendiri, 1 - untuk Penasihat Akademik dan 1 - untuk HEA.

Diharap jangan tunggu last minute baru buat, ini untuk memastikan semua proses berjalan lancar.



Sekian, harap maklum.


Normaziah

Thursday, January 14, 2010

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Proses Pendaftaran Pelajar

COURSE REGISTRATION (21 December 2009 - 18 January 2010)
- Login to i-Student Portal.
- Enter the Course Registration Screen.
- Choose an appropriate group for each course that you have pre-registered.
(check timetable to avoid clashes).

Note: Students with credit hours exceeding the maximum will be blocked from
choosing groups. Please drop courses with higher codes first to comply with
the maximum number of credit hours.

- Print and keep the printout of the Course Registration Information (Temporary).
Please reprint and keep the Course Registration Information (Temporary) each time
you perform any changes for your course registration.

Note: All courses which have not been given any group will be automatically dropped
by the system before the validation of course registration starts.



VALIDATION OF COURSE REGISTRATION (19 January 2010 – 8 February 2010)
- Login to i-Student Portal.
- Enter the Validation of Course Registration Screen.
- Check that there are no appropriate courses left unregistered and that all the registered
courses are correct.
- Click the Validation button.

Note: Students who have not paid the tuition fees will be blocked from performing the Validation of Course Registration as well as printing Examination Slip.

- Print and keep the printout of the Course Registration Information (Final).


IMPORTANT REMINDER 9 FEBRUARY 2010

Students will be stripped of their student status (i.e. given GT status) if they:


Fail to pay the tuition fees
(Last day of fee payment: 4 February 2010)

AND/OR


Fail to complete the course registration
(choose both the courses and groups)

Tahniah Kepada Pelajar yang Melanjutkan Pelajaran Ke ISM

Assalamualaikum....
Rasanya belum terlambat saya mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mereka ini terdiri kepada dua kategori iaitu :
1. Telah Tamat Diploma
2. Program Penerapan Daripada Pelajar Part 4 ke ISM.

Dan sekali lagi tahniah kepada semua pelajar yang telah TAMAT Diploma Sains Komputer.. Semoga berjaya di dalam kehidupan di luar sana sama ada anda sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau telah mendapat pekerjaan. Berikut adalah senarai nama pelajar yang tamat dan secara tidak langsungnya menjadi Alumni AreCS.


AFIZA ERNY BINTI YUNUS
MOHAMAD KHAIRUL ANNUAR BIN ZAINUDIN
MOHD HARIZ BIN NAIM
MOHD NUR ZULHILMI B SIRUN
MOHD SHAHRULNIZAM BIN MOHD SAAD
MUHAMMAD HANAFI BIN AHMAD
MUHD AFIZI BIN ABDUL GHAFAR
NADZARIAH BINTI ZAKARIA
NERA SHAHIDA BT ABDUL HAMID
NOR UMIRAH BINTI ZULKEFLI
NORAMIRA BT MUSTAFA
NURUL AKMAL BINTI MOHD NOOR
NURUL FAJRIYAH BINTI HAMID
NURZAINI BTE RAHIM
SITI HAJAR BT KASMIN @ BAJURI
SUFIAN BIN SARIN
MUHAMMAD ZIKRIL AZIM BIN ABDUL MANAN
ABU DZAR BIN BAHARUDIN
AMINUDDIN BIN MD KASSIM
MOHD ARIF BIN HAMDAN
MOHD HAZWAN BIN ROSLI
MUHAMMAD YUSRAN BIN BAHARI
NOOR FARHANA BINTI ADENAN
NUR IZZATI BINTI YOUP
NURULHASIKIN BINTI MD ANUAR
SITI NURLISA BT SHAHRIMAN
AYU ERMIZA BINTI ABU SAMAH
MOHD HANAFI BIN MUSA


Tahniah juga kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajar ke Ijazah Sarjana Muda dalam program penerapan Part 4 ke ISM. Di sini saya sertakan senarai pelajar yang sedang belajar di ISM.



ADNIN SAKINAH ITRIAH BINTI MOHAMAD FISAL
AFIQAH BAZLLA BINTI MD SOOM
AZLINDA BINTI MOHD SATUAN
AZNIZAH BINTI AB KARIM
ILYAS FOO BIN ABDUL RAHMAN FOO
MUHAMMAD ARSYAN BIN SULONG
MUHAMMAD AZIM BIN HAMIR
MUHAMMAD SYAHRUL AKMAL BIN HUSSIN
NADZIRAH BINTI ABD MANAN
NAJWA BINTI ABD GHAFAR
NOR ERNA AMIRA BINTI AMRAN
NUR DIYANA BINTI MOHAMAD
NURSYAHIDAH BINTI NASHARUDDIN
NURUL ALIA BINTI ROSLI
NURUL FAIZAH BINTI FARIZA
RIDZUAN BIN RAZALI
SITI ASHMIDAH BT ANUAR
SITI NURBAAIN BINTI MOHD JAMIL
SYARIFAH NATASYA AIDA
ZUNNUR ZAFIRAH BINTI CHE BAHAR NORDIN


Teruskan perjuangan anda di sana dan semestinya anda juga merupakan Alumni AreCS.

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan Fakulti

Assalamualaikum...
Perjumpaan Fakulti akan diadakan pada
Hari : Sabtu
Tarikh : 16 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : DKHEA2

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk sesi perkenalan, mempereratkan silaturahim antara pelajar dan pensyarah FSKM dan penyampaian anugerah.

Kehadiran adalah WAJIB bagi semua pelajar.