Pages

Thursday, December 23, 2010

Pendaftaran Pelajar

Assalamualaikum...
Pendaftaran Kursus Secara Online (tambah dan gugur) bagi Pelajar Lama adalah seperti berikut :

21 Disember 2010 - 24 januari 2011


Pelajar-pelajar boleh mengupdate nama kumpulan masing-masing.



Untuk pelajar part 2,
Sila tukar nama kumpulan mengikut senarai nama kelas yang telah saya tetapkan.(seperti di page senarai PART 2 JAN - APR 2011.)


Untuk makluman semua pelajar part 2 : sesiapa yang gagal dalam subjek ACC106 , CSC128 dan MAT210, yang gagal dua-duanya atau ketiga-tiganya, saya telah masukkan ke dalam kelas CS1102B.
Manakala yang gagal MAT210 sahaja, saya masukkan ke kelas CS1102D.
Jadi, kesemua subjek kena ikut kelas yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timetable - clash.
Sesiapa yang repeat subjek MAT210, saya tidak galakkan ambil subjek MAT263, kerana agak membebankan untuk anda semua mengambil 3 subjek Matematik sekaligus di dalam satu semester.


Untuk pelajar part 4
Untuk yang TIDAK mengulang apa2 subjek, anda boleh pilih sama kelas CS1104B atau CS1104D.
Walaubagaimanapun, untuk 4B dan 4D, pendaftaran kelas mengikut kekosongannya Maksimum satu kelas hanya 30 orang sahaja.
Kelas CSC1104A - untuk mereka yang repeat subjek CSC238 atau MAT233.
Kelas CS1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT183
Kelas CSC1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT233.
Jadi, pelajar part 4, pilihlah kelas anda sendiri


Kepada semua pelajar, sebarang masalah bolehlah terus menghubungi saya atau kita jumpa semasa perjumpaan.


Jangan lupa perjumpaan kita pada 2 Januari 2011.
Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
KP CS110

Tuesday, December 14, 2010

Pendaftaran dan Perjumpaan Dengan Pelajar CS110

Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar lama pelajar CS110 (part 2 ke atas) bagi semester Januari - April 2011 adalah pada :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 8.00 pagi - 12.30 tengahari


Tempat : Dewan Syahbandar


Semua pelajar perlu membuat pendaftaran pada hari ini (wajib) . Ini termasuk pelajar part 6 dan part 7 yang akan menjalani latihan praktikal.


Bagi pelajar yang akan menjalani latihan praktikal, buku kuning dan buku log akan diberiksan pada masa hari pendaftaran ini.


Manakala satu perjumpaan Koordinator CS110 dengan pelajar part1, part 2, part 3 dan part 4 akan diadakan pada hari tersebut juga iaitu :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 2.30 petang


Tempat : DK1


Semua pelajar part 2, part3 dan part 4 adalah WAJIB. Perjumpaan ini akan menentukan kelas anda terutamanya yang ada repeat paper.


Ini adalah makluman awal supaya tidak alasan tiada tiket atau tidak sempat balik.

Bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajar ke ISM (part 4), sila maklumkan kepada saya untuk memudahkan perancangan kelas.


Sebarang masalah berhubung dengan pendaftaran kelas, sila hubungi saya atau boleh berbincang pada semasa perjumpaan 2 Januari 2011 nanti.


Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
Koordinator CS110

Pencapaian Akademik Pelajar Pada Semester Julai - November 2010

Assalamualaikum,
Alhamdulillah semua urusan peperiksaan pada semester lepas telah selesai. keputusan peperiksaan telah diumumkan pada 10 Disember 2010. Diharap semua pelajar gembira dan berpuashati dengan keputusan yang diperolehi. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah diucapkan dan yang tidak begitu memberangsangkan, cubalah bermuhsabah , apa yang telah berlaku dan teruskan berusaha.

Pada semester Julai - November 2010 , pencapaian adalah seperti berikut :

Pelajar Tamat

Seramai 15 orang pelajar yang berjaya menamat Diploma Sains Komputer dan seorang pelajar berjaya mendapat ANC. Pelajar-pelajar tersebut adalah :

Khairul Umam bin Md Sairi (ANC)
Ali Imran bin Abdul Rahim
Mishafize Mohd Nor bin Khamis
Mohd Sofi bin Ab Wahab
Norhafiza binti Dakhim
Nur Rina binti Ab Shukor
Nur Syakira bt Redzuan
Nurul Khairiyah binti Salamat
Siti Nurul Ain bt Rosmadi
Zaidahtul 'Ilmi binti Ismail
Ahmad Danial bin Azham
Hamizulfaiz bin Sapwan
Mohamad Hafiz bin Azmi
Muhammad Safwandinie bin Mad Yusop
Nur Athirah bt Ahmad Foad
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat Diploma Sains Komputer.


Penerima Anugerah Dekan

Seramai 30 orang berjaya mendapat sijil Anugerah Dekan iaitu :

Amirul Khairin bin Khairuddin
Azura binti Ibrahim
Fatin Amira binti Mohd Isa
Mawaddah binti Mohd Zulkimi
Mohammad Adhwa binti Abdul Latif
Mohd Nazrin bin Mohd Nasir
Muhammad Adlan Shah bin Abdul Malek
Muhammad Bazil bin Dahamad
Munira binti Abd Rahman
Nadia Farhana binti Azman
Noor Syazreen Syazwanee binti Abdul Jalil
Nur Faezah binti Osman
Nur Syafiqah binti Munir
Sharina binti Ab Wahid
Siti Nazeha binti Jaafar
Adibah Syuhadah binti Abdul Rahman
Amir Mukhlis bin Kushairi
Ammar bin Md Nasir
Mohamad Harith bin Mohamad Rozlan
Muhammad Firdaus bin Mohd Zelani
Muhammad Shaheer Iqmal bin Shamsuddin
Nabilah binti Roslan
Sharifah Ainur Asma binti Syd Abu Bakar
Shazmin Fatimah binti Zuhairi
Hanis Izzaty binti Abul Jalil
Mashitah binti Ibrahim
Nor Sakinah binti Abdullah
Norshatun Radhiah binti Musa
Nur Adilah binti Zahidin
Siti Safira binti Rashid

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat Anugerah Dekan , diharap terus kekalkan sehingga habis Diploma. Kepada yang tidak berjaya mendapat Anugerah Dekan, tanamkan dalam semangat untuk berusaha mendapatkannya. Di samping itu, jangan lupa jaga peribadi dan akhlak yang mulia.

Di samping itu, ada berita yang agak menyedihkan kerana seramai 10 orang pelajar diberhentikan kerana pencapaian CGPA kurang daripada 1.8. (Kesemua pelajar part 1) .Jadi kepada pelajar-pelajar ini, jangan putus asa...buat muhasabah diri, ada hikmah disebalik kegagalan anda semua.


Pada semester ini, kita ada menerima dua orang pensyarah baru iaitu Encik Mohd Hafifi bin Supir dan Puan Mazliana Hasnan. Selamat datang diucapkan kepada pensyarah baru ke UiTM Melaka.

Pada semester depan, banyak aktiviti telah dirancangkan untuk dijalankan. Diharap semua warga CS110 dapat memberi kerjasama. Maklumat aktiviti akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, harap maklum.


Normaziah Abdul Rahman