Pages

Wednesday, October 20, 2010

Good Luck For Your Exam....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kita sudah selesai satu semester untuk kuliah, sekarang ni masa untuk study week kerana peperiksaan akan bermula pada 25 Oktober hingga 14 November 2010.

Jadi ambillah peluang yang diberikan semasa study week untuk mengulangkaji dengan membaca, membuat latihan seperti latihan dalam buku,past year question. Sebarang masalah, jangan segan-segan berjumpa dengan pensyarah.

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini, minta restu daripada ibu bapa dan juga pensyarah-pensyarah. Mohon maaf dengan ibu bapa dan juga pensyarah jika ada silap salah kata dan perbuatan kerana kadang2 kita tidak sedar. Kerana doa ibu bapa kita yang paling berharga selain daripada kita berusaha.

Begitu juga dengan kawan-kawan, bermaaf-maafan jika terlebih gurau senda dan kata-kata dengan kawan-kawan.

Selain itu, untuk menduduki peperiksaaan , jangan lupa untuk :
1. Membawa slip menduduki peperiksaan - ini boleh didapati daripada student portal
2. Kad pelajar
3. Alat tulis yang berkaitan
4. Kalkulator (jika berkenaan)


Akhir kata, sentiasalah berusaha dan jangan membuang masa dengan benda-benda yang melekakan. Jangan lalai dengan suruhan Allah iaitu solat, banyakkan solat hajat, berdoa memohon kejayaan dan memberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan serta banyakkan membaca Al_Quran


Hargai masa yang ada....peluang yang diberikan dan orang-orang di sekelilingi kita....

Thursday, October 14, 2010

SUFO & PENDAFTARAN PADA SEMESTER JAN 2011

Assalamualaikum,
Seperti yang kita sedia maklum....no SUFO no Result Dan No Registration No Result....
Pastikan pelajar semua membuat tanggungjawab anda...
Pastikan anda membuat pendaftaran kursus bermula 4 oktober - 22 Oktober 2010

Pastikan anda semua membuat SUFO, bermula 6 September hingga 17 Disember 2010....



Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 5, 2010

Perbentangan Pelajar Praktikal CS110

Assalamualaikum,
Perbentangan pelajar praktikal yang menjalani latihan praktikal di Melaka dan Negeri Sembilan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2010
Tempat : Makmal Komputer 7 dan 8 , UitM Alor Gajah
Masa : 9.00 - 1.00 tengahari


Anda wajib membentangkan projek anda, sebarang masalah sila berhubung dengan pensyarah penyelia anda semua.