Pages

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, peperiksaan telah tamat pada 14 November 2010. Jadi semuanya telah merdeka.....untuk semester ini ....

Jadi, ambil peluang ini dengan mengisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, seperti menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah, jangan penuhi masa lapang anda dengan tidur sahaja.

Cuba penuhi masa dengan membaca, membuat sesuatu yang berfaedah. Kerana sebagai pelajar CS, mungkin boleh penuhi masa dengan cuba membuat produk seperti multimedia product, dengan ini boleh cuba masuk untuk bertanding dalam IID 2011 pada tahun hadapan. Mana tau, kalau ada rezeki, anda boleh menang. Sepanjang dua tahun IID diadakan, alhamdulillah kesemua produk daripada pelajar dan staff FSKM akan pulang dengan pingat...sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Pada tahun 2010 ini, 3 produk daripada FSKM dipertandingkan, kita memenangi satu pingat emas dan dua pingat perak. tahniah diucapkan kepada :

1. Gold Award - FSKM E-Buletin oleh Safwandinie, Hamizulfaiz, Normaziah, Nurulhuda
2. Silver Award - Interactive Map Of UiTM Melaka oleh Ismeth Zain, Norzatu Bazamah
3. Silver Award - Nor Masri, Datuk Prof. Dr Hj Mizan, Mohd Saiyidi, Azmi

Di samping itu, jagalah kesihatan dan jaga diri serta peribadi masing-masing.


Akhir kata,
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA......

Wednesday, October 20, 2010

Good Luck For Your Exam....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kita sudah selesai satu semester untuk kuliah, sekarang ni masa untuk study week kerana peperiksaan akan bermula pada 25 Oktober hingga 14 November 2010.

Jadi ambillah peluang yang diberikan semasa study week untuk mengulangkaji dengan membaca, membuat latihan seperti latihan dalam buku,past year question. Sebarang masalah, jangan segan-segan berjumpa dengan pensyarah.

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini, minta restu daripada ibu bapa dan juga pensyarah-pensyarah. Mohon maaf dengan ibu bapa dan juga pensyarah jika ada silap salah kata dan perbuatan kerana kadang2 kita tidak sedar. Kerana doa ibu bapa kita yang paling berharga selain daripada kita berusaha.

Begitu juga dengan kawan-kawan, bermaaf-maafan jika terlebih gurau senda dan kata-kata dengan kawan-kawan.

Selain itu, untuk menduduki peperiksaaan , jangan lupa untuk :
1. Membawa slip menduduki peperiksaan - ini boleh didapati daripada student portal
2. Kad pelajar
3. Alat tulis yang berkaitan
4. Kalkulator (jika berkenaan)


Akhir kata, sentiasalah berusaha dan jangan membuang masa dengan benda-benda yang melekakan. Jangan lalai dengan suruhan Allah iaitu solat, banyakkan solat hajat, berdoa memohon kejayaan dan memberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan serta banyakkan membaca Al_Quran


Hargai masa yang ada....peluang yang diberikan dan orang-orang di sekelilingi kita....