Pages

Thursday, December 23, 2010

Pendaftaran Pelajar

Assalamualaikum...
Pendaftaran Kursus Secara Online (tambah dan gugur) bagi Pelajar Lama adalah seperti berikut :

21 Disember 2010 - 24 januari 2011


Pelajar-pelajar boleh mengupdate nama kumpulan masing-masing.



Untuk pelajar part 2,
Sila tukar nama kumpulan mengikut senarai nama kelas yang telah saya tetapkan.(seperti di page senarai PART 2 JAN - APR 2011.)


Untuk makluman semua pelajar part 2 : sesiapa yang gagal dalam subjek ACC106 , CSC128 dan MAT210, yang gagal dua-duanya atau ketiga-tiganya, saya telah masukkan ke dalam kelas CS1102B.
Manakala yang gagal MAT210 sahaja, saya masukkan ke kelas CS1102D.
Jadi, kesemua subjek kena ikut kelas yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timetable - clash.
Sesiapa yang repeat subjek MAT210, saya tidak galakkan ambil subjek MAT263, kerana agak membebankan untuk anda semua mengambil 3 subjek Matematik sekaligus di dalam satu semester.


Untuk pelajar part 4
Untuk yang TIDAK mengulang apa2 subjek, anda boleh pilih sama kelas CS1104B atau CS1104D.
Walaubagaimanapun, untuk 4B dan 4D, pendaftaran kelas mengikut kekosongannya Maksimum satu kelas hanya 30 orang sahaja.
Kelas CSC1104A - untuk mereka yang repeat subjek CSC238 atau MAT233.
Kelas CS1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT183
Kelas CSC1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT233.
Jadi, pelajar part 4, pilihlah kelas anda sendiri


Kepada semua pelajar, sebarang masalah bolehlah terus menghubungi saya atau kita jumpa semasa perjumpaan.


Jangan lupa perjumpaan kita pada 2 Januari 2011.
Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
KP CS110

Tuesday, December 14, 2010

Pendaftaran dan Perjumpaan Dengan Pelajar CS110

Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar lama pelajar CS110 (part 2 ke atas) bagi semester Januari - April 2011 adalah pada :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 8.00 pagi - 12.30 tengahari


Tempat : Dewan Syahbandar


Semua pelajar perlu membuat pendaftaran pada hari ini (wajib) . Ini termasuk pelajar part 6 dan part 7 yang akan menjalani latihan praktikal.


Bagi pelajar yang akan menjalani latihan praktikal, buku kuning dan buku log akan diberiksan pada masa hari pendaftaran ini.


Manakala satu perjumpaan Koordinator CS110 dengan pelajar part1, part 2, part 3 dan part 4 akan diadakan pada hari tersebut juga iaitu :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 2.30 petang


Tempat : DK1


Semua pelajar part 2, part3 dan part 4 adalah WAJIB. Perjumpaan ini akan menentukan kelas anda terutamanya yang ada repeat paper.


Ini adalah makluman awal supaya tidak alasan tiada tiket atau tidak sempat balik.

Bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajar ke ISM (part 4), sila maklumkan kepada saya untuk memudahkan perancangan kelas.


Sebarang masalah berhubung dengan pendaftaran kelas, sila hubungi saya atau boleh berbincang pada semasa perjumpaan 2 Januari 2011 nanti.


Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
Koordinator CS110