Pages

Friday, July 10, 2009

Selamat Datang Ke Blog CS110 UiTM Melaka

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, kita sekarang telah memulakan semester baru kuliah bagi Sesi Julai 2009. Jadi, diharap semester baru bermula, diharap semua pelajar CS110 akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Kepada semua pelajar baru CS110 yang baru mendaftar pada 27 Jun 2009, Selamat Datang Ke UiTM Melaka. Mulakan langkah anda dan aturkan strategi pembelajaran anda untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Kepada pelajar lama, teruskan perjuangan anda. Yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, tahniah dan kekalkan serta lipat gandakan usaha anda. Yang kurang cemerlang, saya yakin anda boleh buat, tanamkan semangat yang kuat untuk terus belajar. Saya yakin anda semua boleh mencapai kejayaan yang cemerlang kerana anda adalah merupakan pelajar yang pandai, sebab itu anda terpilih untuk ke sini. Cuma mungkin, anda semua mungkin terleka atau terpengaruh dengan kawan-kawan, atau mungkin terkena kejutan budaya belajar di IPT. Untuk makluman semua, cara pengajaran dan pembelajaran di IPT agak berbeza berbanding semasa kita belajar di peringkat sekolah. Dengan ini, bermulanya semester baru ini , ubahlah sikap dan tanamkan sikap positif yang mana anda boleh mencapai kejayaan.

Pelajar baru juga saya berharap begitu juga, timbalah ilmu dan anda boleh bertanya pengalaman dengan senior-senior anda atau anda boleh bertanya dengan semua pensyarah di sini. Kita hendaklah rajin bertanya. Kalau ada masalah dengan pembelajaran/akademik, rajin-rajinkan diri anda untuk bertanya dengan pensyarah. Kerana ingat pepatah orang tua, malu bertanya akan sesat jalan. Dengan itu, jika anda malu untuk bertanya, anda sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan untuk mencapai kejayaan. Diharap anda semua dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di IPTA.

Saya juga berharap dengan kewujudan blog ini, dapatlah saya dan pensyarah lain menyalurkan dan berkongsi maklumat dengan rakan pensyarah yang lain dan para pelajar terutamanya.

Jadi, apa lagi rajin-rajinkanlah diri anda untuk menjenguk blog ini.


Puan Maziah.

1 comment:

  1. #include
    using namespace std;

    void main()
    }

    cout<<"cool la wei!"<<endl;

    }

    ReplyDelete