Pages

Friday, October 23, 2009

GOOD LUCK

Assalamualaikum....
Peperiksaan akan berjalan pada minggu hadapan (28 Oktober - 15 November 2009). Jadi saya mewakili semua pensyarah Sains Komputer mengucapkan Selamat Berjuang di dalam peperiksaan Sesi Julai - November 2009.

Pesanan untuk menghadapi peperiksaan :
1. Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T
2. Belajar bersungguh-sunnguh - buat ulangkaji, latihan, past year question
3. Jika ada masalah, sila berjumpa dengan pensyarah masing-masing.
4. Memohon maaf dengan ibubapa, mohon restu
5. Memohon maaf dengan pensyarah-pensyarah
6. memohon maaf dengan kawan-kawan....

Kenapa kita perlu mohon maaf terutamanya ibu bapa kita? Kerana mereka yang memelihara kita dan mendidik kita. Dan ingatlah DOA ibu bapa yang paling MAGIK sekali. Begitu juga dengan pensyarah, mereka yang mencurahkan ilmu kepada kita, membimbing kita. Jadi jika ada tersilap laku, mohonlah maaf, tidak salah kita merendahkan diri kita. Begitu juga dengan kawan-kawan atau orang disekeliling kita. Kerana mereka yang banyak membantu kita dan menyokong kita semua.

Sekadar peringatan untuk masuk ke Dewan/Bilik peperiksaan, sila bawa
1. Slip menduduki peperiksaan
2. Kad Pelajar
3. Alat tulis, pastikan semua cukup. (pen, pensil, pemadam, liquid paper, pembaris
dll).Letakkan di dalam bekas atau plastik yang transparent.
4. Calculator - bagi subjek tertentu sahaja

Pastikan anda memakai pakaian yang mengikut sahsiah rupa diri.


Normaziah

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..
    Madam,this is Zunnur Zafirah from DCS3b.Thanx a lot 4 all ur guidance and supports.Please forgive all my wrongs too and the most important is please pray for my success in final exam.I'll miss u madam...=)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...berusaha dan berdoalah...

    ReplyDelete