Pages

Monday, July 27, 2009

Takwin Terkini PPKP

MODUL DIPLOMA
MODUL 1 (Semester 1) : 1 OGOS 2009 (SABTU)
(Program CS 110, CS 113, AM 110, AC 110,
AC 120 & OM 114)

8 & 9 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
(Program BM 111, BM 112, BM 115, HM 111,
AD 110 & MC 110)


MODUL 2 (Semester 2) : 22 OGOS 2009 (SABTU)
(SEMUA PROGRAM)


MODUL 3 (Semester 3) : 29 OGOS 2009 (SABTU)
(Program AC 110, AC 120, AD 111, AD 117, AD 118, BM 111, BM 112, BM 115)


30 OGOS 2009 (AHAD)
(Program OM 114, CS 110, CS 113, HM 111,
AM 110 & MC 110)


MODUL 4 (Semester 4) : 15 & 16 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
(SEMUA PROGRAM)
(*Perlu dijalankan sebelum Bulan Ramadhan kerana modul ini melibatkan aktiviti explorace)


MODUL 5 (Semester 5) : 5 SEPTEMBER 2009 (SABTU)
(Program AC 110, AC 120, AD 111, AD 117, AD 118, BM 111, BM 112, BM 115 & OM 114)

6 SEPTEMBER 2009 (AHAD)
(Program CS 110, CS 113, HM 111, AM 110
& MC 110)

Friday, July 24, 2009

Kuliah Akan Bermula Pada 27 Julai 2009

Assalamualaikum,
Perhatian semua pelajar CS110 UiTM Kampus Alor Gajah

Kuliah akan bermula seperti biasa bermula dari 27 Julai 2009 (Isnin).

Kemungkinan anda telah mendengar berita bahawa UiTM seluruh Malaysia dan Kampus Bandar Raya Melaka akan bercuti pertengahan semester bermula pada 27 Julai - 2 Ogos 2009 tetapi untuk UiTM Kampus Alor Gajah dikecualikan. Ini kerana kita semua di Alor Gajah telah mula bercuti seminggu lebih awal iaitu dari 17 - 26 Julai 2009.
Ini juga untuk mengelakkan kelas perlu diganti pada hujung minggu.(Sabtu dan Ahad)

Jadi, semua pelajar diminta balik semula ke Kampus untuk memulakan kelas sebelum atau pada 27 Julai 2009 kerana kelas berjalan seperti biasa.


Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung dengan Koordinator Program atau pensyarah-pensyarah.


Friday, July 17, 2009

Tarikh Baru Untuk Tambah Dan Gugur Kursus

Tarikh akhir proses gugur dan tambah * 31 Julai 2009
Tarikh akhir pembayaran yuran 4 Ogos 2009
Tarikh akhir validasi kursus ** 10 Ogos 2009
Tarikh GUGUR TARAF 11 Ogos 2009

* proses gugur dan tambah dilanjutkan satu minggu:-
tarikh asal : 24 Julai 2009
tarikh baru : 31 Julai 2009

** proses validasi dipendekkan satu minggu:-
tarikh asal : 25 Julai - 10 Ogos 2009
tarikh baru : 1 Ogos - 10 Ogos 2009

(Perubahan tarikh-tarikh ini adalah kerana masalah akses server pendaftaran kursus pada minggu lepas)

Perhatian Kepada Pelajar Yang Sedang Menjalani Latihan Praktik

Assalamualaikum,
Bagi pelajar yang sedang menjalani latihan praktik, pastikan anda mendaftar subjek CSC398 -Latihan Praktik, membuat pembayaran yuran dan selepas 24 Julai, pastikan anda membuat validasi. Sebarang masalah berhubung dengan latihan praktik, validasi, sila berhubung dengan Koordinator Latiha Praktik - Puan Rosnani Abdulah



Sekian, harap maklum.

Thursday, July 16, 2009

PENDAFTARAN KURSUS

Assalamualaikum,
Sebarang masalah dengan pendaftaran kursus sepanjang 16 Julai - 24 Julai 2009, sila berhubung dengan Koordinator Program melalui handphone. Pastikan anda membuat pendaftaran segera di mana-mana anda berada untuk mengelak kesesakan..hehehe..

Jangan tunggu hingga tarikh akhir hari pendaftaran.

TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN


KALENDAR AKADEMIK




Normaziah Abdul Rahman

TARIKH BARU PROGRAM PEMBANGUNAN & KEPIMPINAN PELAJAR (PPKP)

MODUL DIPLOMA

MODUL 1 (Semester 1) : 25 JULAI 2009 (SABTU)
Program CS 110, CS 113, AM 110, AC 110, AC120 & OM 114


1 & 2 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
Program BM 111, BM 112, BM 115, HM 111, AD 110 & MC110

MODUL 2 (Semester 2) : 8 & 9 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)

MODUL3 (Semester 3) : 22 & 23 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)

MODUL 4 (Semester 4) : 15 & 16 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)
(*Perlu dijalankan sebelum Bulan Ramadhan kerana modul ini melibatkan aktiviti explorace)

MODUL 5 (Semester 5/6) : 29 & 30 OGOS 2009 (SABTU & AHAD)

KETIDAKHADIRAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Wednesday, July 15, 2009

Penasihat Akademik Untuk Setiap Kumpulan

Assalamualaikum,

Berikut adalah senarai nama Penasihat Akademik Untuk Setiap Kumpulan Pelajar


Kumpulan Penasihat Akademik

DCS1A Puan Normaziah Abdul Rahman

DCS1B Puan Zainab Othman

DCS1C Puan Jamaliah Mohd Taib

DCS1D Cik Wannoraini Abdul Latif

DCS1E Puan Normaziah Abdul Rahman

DCS2A Puan Nurulhuda Zainuddin

DCS3A Cik Norzatul Bazamah Azman Shah

DCS3B Puan Rohana Ramli

DCS4A Puan Noor Suriana Abu Bakar

DCS5A Puan Nur Asyira Naziron

DCS6A Encik Azmi Aminordin (bagi yang belum menjalani LP)

Pelajar yang Menjalani latihan Praktikal - sebarang masalah sila berhubung dengan Puan Rosnani Abdulah

Pelajar-pelajar semua boleh merujuk kepada Penasihat Akademik masing-masing untuk mendapatkan nasihat dari segi akademik dan bukan akademik seperti mengenai pendaftaran kursus berdasarkan pelan pengajian masing-masing dan membuat validasi pendaftaran pelajar



Monday, July 13, 2009

Langkah Berjaga-Jaga H1N1


TAQWIM PERLAKSANAAN PPKP JULAI – NOVEMBER 2009

Berikut adalah Modul PPKP semester ini

MODUL DIPLOMA

MODUL 1 (Semester 1) : 11 dan 12 JULAI 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL 2 (Semester 2) : 25 & 26 JULAI 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL3 (Semester 3) : 1 & 2 OGOS 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL 4 (Semester 4) : 8 & 9 OGOS 2009
(SABTU & AHAD)

MODUL 5 (Semester 5/6) : 15 & 16 OGOS 2009
(SABTU & AHAD)

*Tertakluk kepada sebarang perubahan.



KETIDAKHADIRAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Friday, July 10, 2009

Selamat Datang Ke Blog CS110 UiTM Melaka

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, kita sekarang telah memulakan semester baru kuliah bagi Sesi Julai 2009. Jadi, diharap semester baru bermula, diharap semua pelajar CS110 akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Kepada semua pelajar baru CS110 yang baru mendaftar pada 27 Jun 2009, Selamat Datang Ke UiTM Melaka. Mulakan langkah anda dan aturkan strategi pembelajaran anda untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Kepada pelajar lama, teruskan perjuangan anda. Yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, tahniah dan kekalkan serta lipat gandakan usaha anda. Yang kurang cemerlang, saya yakin anda boleh buat, tanamkan semangat yang kuat untuk terus belajar. Saya yakin anda semua boleh mencapai kejayaan yang cemerlang kerana anda adalah merupakan pelajar yang pandai, sebab itu anda terpilih untuk ke sini. Cuma mungkin, anda semua mungkin terleka atau terpengaruh dengan kawan-kawan, atau mungkin terkena kejutan budaya belajar di IPT. Untuk makluman semua, cara pengajaran dan pembelajaran di IPT agak berbeza berbanding semasa kita belajar di peringkat sekolah. Dengan ini, bermulanya semester baru ini , ubahlah sikap dan tanamkan sikap positif yang mana anda boleh mencapai kejayaan.

Pelajar baru juga saya berharap begitu juga, timbalah ilmu dan anda boleh bertanya pengalaman dengan senior-senior anda atau anda boleh bertanya dengan semua pensyarah di sini. Kita hendaklah rajin bertanya. Kalau ada masalah dengan pembelajaran/akademik, rajin-rajinkan diri anda untuk bertanya dengan pensyarah. Kerana ingat pepatah orang tua, malu bertanya akan sesat jalan. Dengan itu, jika anda malu untuk bertanya, anda sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan untuk mencapai kejayaan. Diharap anda semua dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di IPTA.

Saya juga berharap dengan kewujudan blog ini, dapatlah saya dan pensyarah lain menyalurkan dan berkongsi maklumat dengan rakan pensyarah yang lain dan para pelajar terutamanya.

Jadi, apa lagi rajin-rajinkanlah diri anda untuk menjenguk blog ini.


Puan Maziah.