Pages

Monday, February 8, 2010

PERMOHONAN PENERAPAN PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR KE IJAZAH SARJANA MUDA



Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) akan membuka permohonan atas talian bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Julai 2010 kepada pelajar Diploma Semester Akhir UiTM dan Lepasan Diploma UiTM/Kolej Bersekutu mulai 2 hingga 23 Februari 2010. Pelajar perlu memohon melalui Student Portal UiTM yang melibatkan pengambilan ke program:

1. PENERAPAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAGI PELAJAR SEMESTER
AKHIR DIPLOMA UITM/KOLEJ BERSEKUTU UITM
2.PENERAPAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN, PERGIGIAN DAN
FARMASI SEPENUH MASA
3.PENERAPAN KE PROGRAM PROFESIONAL UITM
Kepada pelajar yang telah memohon ke program Ijazah Sarjana Muda UiTM melalui Bahagian Pengurusan KemasukanPelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pelajar perlu membatal permohonan tersebut. Permohonan melalui Student Portal UiTM sahaja akan di proses untuk pemilihan.

Sebarang pertanyaan pihak Yang Berbahagia Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh merujuk kepada Bahagian Pengambilan

Pelajar dengan menghubungi Puan Badariah Bahruddin dan Puan Nadiatul Indah Mohd Tahir di talian 0355443195/3198.

Sekian, terima kasih
Muhamad Nizam Noordin
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Pengambilan Ijazah
Bahagian Pengambilan Pelajar

1 comment:

  1. nak tanya,kalau saya belum ada result muet macam mana?boleh tak apply?saya pelajar diploma semester akher

    ReplyDelete