Pages

Friday, January 21, 2011

MAKLUMAN PENTING ! VALIDASI KURSUS 26 JAN - 28 JAN 2011

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN :
1. Sila layari laman web Student Portal dan terus ke bahagian Pendaftaran Kursus. Pastikan kod kursus dan kumpulan yang anda daftar adalah betul. Hubungi Koordinator/HEA sekiranya terdapat pindaan. Sila buat pengesahan validasi seandainya semua maklumat betul/tepat.

2. Cetak 2 Salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) Dan Pastikan Ianya Berstatus 4C- Pelajar Telah Membuat Pengesahan Kursus.

3. Tandatangan Kedua-Dua Cetakan Dan Dapatkan Cop Pengesahan Dari Koordinator Program Masing-Masing.

4. Satu Salinan Serahkan Di Ruang Legar, Dewan Kuliah 1 Mengikut Jadual Berikut : (Pelajar perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan )

26 JAN (Rabu) – 28 JAN (Jumaat) 2011
DARI JAM 8.30 PG SEHINGGA 1.00 PTG
DAN JAM 2.15 PTG SEHINGGA 5.00 PTG.


5. Sila tandatangan Semakan Pendaftaran Kursus di Kaunter tersebut dan pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter.

6. Bagi pelajar yang menghadapi sebarang masalah pendaftaran kursus, sila berhubung dengan Koordinator Program atau kerani fakulti di HEA.

SEMUA URUSAN INI PERLU DISELESAIKAN OLEH PELAJAR SENDIRI SEBELUM/PADA : 28 JAN 2011 - 2.00 PETANG

Harap anda tepati tarikh tersebut. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment