Pages

Tuesday, June 14, 2011

Majlis Perjumpaan Pelajar FSKM Bersama Pengarah

Assalamualaikumm...
Satu perjumpaan pelajar FSKM bersama pengarah akan diadakan pada


Tarikh : 18 Jun 2011
Jam : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Bendahara

Semua pelajar diwajibkan hadir dan memakai baju korporat.


Manakala, pada sebelah petang pula akan diadakan akan diadakan majlis kecermelangan bersama ALUMNI Sains Komputer.
Semua pelajar part 4 dan part 5 diwajibkan hadir dan juga pelajar-pelajar yang terpilih diwajibkan hadir. Senarai nama akan ditampalkan pada hari Khamis (16 Jun 2011) di papan kenyataan CS110, blok B.


Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PENTING! VALIDASI KURSUS 27 JUN - 29 JUN 2011

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN :
1. Sila layari laman web Student Portal dan terus ke bahagian Pendaftaran
Kursus. Pastikan kod kursus dan kumpulan yang anda daftar adalah betul.
Hubungi Koordinator/HEA sekiranya terdapat pindaan. Sila buat pengesahan
validasi seandainya semua maklumat betul/tepat.
2. Cetak 2 Salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) Dan Pastikan Ianya
Berstatus 4C-Pelajar Telah Membuat Pengesahan Kursus.
3. Tandatangan Kedua-Dua Cetakan Dan Dapatkan Cop Pengesahan
Pelajar Part 1 dan Part 2 - Koordinator Program CS110
Pelajar Part 3, 4, 5 dan 6 – Penasihat Akademik Masing-Masing
4. Satu Salinan Serahkan Di Ruang Legar, Dewan Kuliah 1 Mengikut Jadual
Berikut : (Pelajar perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan )

27 JUN (Isnin) – 29 JUN (Rabu) 2011
DARI JAM 8.30 PG SEHINGGA 1.00 PTG
DAN JAM 2.15 PTG SEHINGGA 5.00 PTG.

5. Sila tandatangan Semakan Pendaftaran Kursus di Kaunter tersebut dan pastikan
semua maklumat adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter.
6. Bagi pelajar yang menghadapi sebarang masalah pendaftaran kursus, sila
berhubung dengan Koordinator Program atau kerani fakulti di HEA.

SEMUA URUSAN INI PERLU DISELESAIKAN OLEH PELAJAR SENDIRI SEBELUM/PADA :
29 JUN 2011 - 2.00 PETANG

Harap anda tepati tarikh tersebut. Terima kasih.

Monday, May 23, 2011

Assalamualaikum,
Satu perjumpaan pelajar-pelajar CS110 dengan saya (Koordinator Program CS110) akan diadakan pada :
Hari : Ahad
Tarikh : 29 Mei 2011
Masa : 2.00 petang

Kehadiran adalah WAJIB jkepada semua pelajar (kecuali pelajar yang akan menjalani latihan praktikal).

Perjumpaan ini adalah penting untuk memberi taklimat mengenai kelas dan maklumat terkini tentang pelan pengajian. Di samping itu, akan diadakan sesi perkenalan dengan pelajar part 1 CS110 yang baru masuk seramai 119 orang.



Sekian, harap maklum.


Normaziah Abdul Rahman
Koordinator Program CS110
UiTM Cawangan Melaka

Tuesday, April 5, 2011

Pendaftaran Kursus

Assalamualaikum...


Pendaftaran Kursus untuk semester depan perlu dibuat oleh pelajar bermula 28 Mac 2011 - 15 April 2011.

Semua pelajar perlu membuat pendaftaran termasuk yang akan menjalani latihan praktikal(CSC398) pada semester hadapan. Jika tidak, NO Registration NO Result.

Kumpulan yang anda masuk adalah sama seperti kumpulan sekarang. Sebagai contoh, jika sekarang anda di kelas CS1101A, jadi untuk pendaftaran semester depan, kumpulan anda adalah MCS1102A.

Kumpulan bagi pelajar Diploma Sains komputer adalah bermula daripada MCS110.....(kumpulan anda)


Normaziah Abdul Rahman
Koordinator Program CS110

Perbentangan Pelajar Praktikal

Assalamualaikum...
Perbentangan pelajar praktikal akan diadakan pada :


Tarikh : 26 April 2011 (Selasa)
Jam : 8.30 pagi
Tempat : MKHEA7 , MKHEA8 dan MKHEA9



Semua pelajar yang menjalani latihan praktikal di Negeri Sembilan dan Melaka WAJIB membentang projek mereka di UiTM Cawangan Melaka.

Bagi pelajar yang menjalani latihan praktikal di Kuala Lumpur dan Selangor, perbentangan akan dibuat di UiTM Shah Alam, sila berhubung dengan pensyarah penyelia anda sendiri untuk mengetahui bila dan dimana?



Sekian, harap maklum.




Normaziah Abdul Rahman
Koordinator Program CS110

Friday, January 21, 2011

MAKLUMAN PENTING ! VALIDASI KURSUS 26 JAN - 28 JAN 2011

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN :
1. Sila layari laman web Student Portal dan terus ke bahagian Pendaftaran Kursus. Pastikan kod kursus dan kumpulan yang anda daftar adalah betul. Hubungi Koordinator/HEA sekiranya terdapat pindaan. Sila buat pengesahan validasi seandainya semua maklumat betul/tepat.

2. Cetak 2 Salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Muktamad) Dan Pastikan Ianya Berstatus 4C- Pelajar Telah Membuat Pengesahan Kursus.

3. Tandatangan Kedua-Dua Cetakan Dan Dapatkan Cop Pengesahan Dari Koordinator Program Masing-Masing.

4. Satu Salinan Serahkan Di Ruang Legar, Dewan Kuliah 1 Mengikut Jadual Berikut : (Pelajar perlu menyimpan satu salinan untuk rujukan )

26 JAN (Rabu) – 28 JAN (Jumaat) 2011
DARI JAM 8.30 PG SEHINGGA 1.00 PTG
DAN JAM 2.15 PTG SEHINGGA 5.00 PTG.


5. Sila tandatangan Semakan Pendaftaran Kursus di Kaunter tersebut dan pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum meninggalkan kaunter.

6. Bagi pelajar yang menghadapi sebarang masalah pendaftaran kursus, sila berhubung dengan Koordinator Program atau kerani fakulti di HEA.

SEMUA URUSAN INI PERLU DISELESAIKAN OLEH PELAJAR SENDIRI SEBELUM/PADA : 28 JAN 2011 - 2.00 PETANG

Harap anda tepati tarikh tersebut. Terima kasih.

Monday, January 17, 2011

Aktiviti-Aktiviti yang Dirancang Untuk Semester Jan - Mei 2011

Assalamualaikum,
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk semester Jan - Mei 2011.

19 Februari 2011
Perjumpaan Pelajar FSKM bersama dengan Pengarah Kampus

21 - 23 Januari 2011
Kem Motivasi Pelajar FSKM

Februari 2011
SAFA

3 - 6 Mac 2011
Karnival ICT dan Matematik 2011

Hari Keluarga AreCS
- akan diberitahu kemudian

Semua aktiviti ini adalah WAJIB bagi semua pelajar CS110 kecuali Kem Motivasi hanya sebahagian pelajar sahaja yang terlibat.




*** Tempat dan Masa akan diberitahu kemudian.
*** Sebarang perubahan akan diberitahu jika terdapat perubahan

Thursday, January 6, 2011

TARIKH - TARIKH PENTING SEMESTER JAN - MEI 2011

Pendaftaran Kursus secara Online
(tambah dan gugur) Pelajar lama
21 Disember 2010 – 24 Januari 2011

Pendaftaran Kursus secara Online Pelajar Baru
(Pengambilan Pertama dan Kedua)
30 Disember 2010 – 28 Januari 2011

Kuliah bermula
3 Januari 2011

Tarikh Akhir Pendaftaran Pelajar Baru
15 Januari 2011

Pengesahan (Validasi) Pendaftaran Kursus Berakhir
8 Februari 2011

Gugur Taraf sebagai pelajar UiTM muktamad
(pelajar yang tidak mendaftar kursus dan/atau tidak membayar yuran)
9 Februari 2011


Kuliah
3 – 28 Januari 2011

Cuti Pertengahan Semester
29 Januari – 6 Februari 2011

Kuliah
7 Februari – 15 April 2011

Cuti Ulangkaji
16 – 19 April 2011

Peperiksaan Dalaman
20 April – 8 Mei 2011

Minggu perkuliahan Intersesi
16 Mei – 17 Jun 2011

Peperiksaan Intersesi/ Peperiksaan Khas
20 – 24 Jun 2011

Cuti Semester
9 Mei – 3 Julai 2011



* Ini adalah yang terkini sehingga 6 Januari 2011, sebarang perubahan akan diberitahu kemudian ....

Thursday, December 23, 2010

Pendaftaran Pelajar

Assalamualaikum...
Pendaftaran Kursus Secara Online (tambah dan gugur) bagi Pelajar Lama adalah seperti berikut :

21 Disember 2010 - 24 januari 2011


Pelajar-pelajar boleh mengupdate nama kumpulan masing-masing.



Untuk pelajar part 2,
Sila tukar nama kumpulan mengikut senarai nama kelas yang telah saya tetapkan.(seperti di page senarai PART 2 JAN - APR 2011.)


Untuk makluman semua pelajar part 2 : sesiapa yang gagal dalam subjek ACC106 , CSC128 dan MAT210, yang gagal dua-duanya atau ketiga-tiganya, saya telah masukkan ke dalam kelas CS1102B.
Manakala yang gagal MAT210 sahaja, saya masukkan ke kelas CS1102D.
Jadi, kesemua subjek kena ikut kelas yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timetable - clash.
Sesiapa yang repeat subjek MAT210, saya tidak galakkan ambil subjek MAT263, kerana agak membebankan untuk anda semua mengambil 3 subjek Matematik sekaligus di dalam satu semester.


Untuk pelajar part 4
Untuk yang TIDAK mengulang apa2 subjek, anda boleh pilih sama kelas CS1104B atau CS1104D.
Walaubagaimanapun, untuk 4B dan 4D, pendaftaran kelas mengikut kekosongannya Maksimum satu kelas hanya 30 orang sahaja.
Kelas CSC1104A - untuk mereka yang repeat subjek CSC238 atau MAT233.
Kelas CS1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT183
Kelas CSC1104C - untuk mereka yang mengulang satu subjek sahaja iaitu MAT233.
Jadi, pelajar part 4, pilihlah kelas anda sendiri


Kepada semua pelajar, sebarang masalah bolehlah terus menghubungi saya atau kita jumpa semasa perjumpaan.


Jangan lupa perjumpaan kita pada 2 Januari 2011.
Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
KP CS110

Tuesday, December 14, 2010

Pendaftaran dan Perjumpaan Dengan Pelajar CS110

Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar lama pelajar CS110 (part 2 ke atas) bagi semester Januari - April 2011 adalah pada :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 8.00 pagi - 12.30 tengahari


Tempat : Dewan Syahbandar


Semua pelajar perlu membuat pendaftaran pada hari ini (wajib) . Ini termasuk pelajar part 6 dan part 7 yang akan menjalani latihan praktikal.


Bagi pelajar yang akan menjalani latihan praktikal, buku kuning dan buku log akan diberiksan pada masa hari pendaftaran ini.


Manakala satu perjumpaan Koordinator CS110 dengan pelajar part1, part 2, part 3 dan part 4 akan diadakan pada hari tersebut juga iaitu :


Tarikh : 2 Januari 2011 (Ahad)


Jam : 2.30 petang


Tempat : DK1


Semua pelajar part 2, part3 dan part 4 adalah WAJIB. Perjumpaan ini akan menentukan kelas anda terutamanya yang ada repeat paper.


Ini adalah makluman awal supaya tidak alasan tiada tiket atau tidak sempat balik.

Bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajar ke ISM (part 4), sila maklumkan kepada saya untuk memudahkan perancangan kelas.


Sebarang masalah berhubung dengan pendaftaran kelas, sila hubungi saya atau boleh berbincang pada semasa perjumpaan 2 Januari 2011 nanti.


Sekian, harap maklum


Normaziah Abdul Rahman
Koordinator CS110

Pencapaian Akademik Pelajar Pada Semester Julai - November 2010

Assalamualaikum,
Alhamdulillah semua urusan peperiksaan pada semester lepas telah selesai. keputusan peperiksaan telah diumumkan pada 10 Disember 2010. Diharap semua pelajar gembira dan berpuashati dengan keputusan yang diperolehi. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah diucapkan dan yang tidak begitu memberangsangkan, cubalah bermuhsabah , apa yang telah berlaku dan teruskan berusaha.

Pada semester Julai - November 2010 , pencapaian adalah seperti berikut :

Pelajar Tamat

Seramai 15 orang pelajar yang berjaya menamat Diploma Sains Komputer dan seorang pelajar berjaya mendapat ANC. Pelajar-pelajar tersebut adalah :

Khairul Umam bin Md Sairi (ANC)
Ali Imran bin Abdul Rahim
Mishafize Mohd Nor bin Khamis
Mohd Sofi bin Ab Wahab
Norhafiza binti Dakhim
Nur Rina binti Ab Shukor
Nur Syakira bt Redzuan
Nurul Khairiyah binti Salamat
Siti Nurul Ain bt Rosmadi
Zaidahtul 'Ilmi binti Ismail
Ahmad Danial bin Azham
Hamizulfaiz bin Sapwan
Mohamad Hafiz bin Azmi
Muhammad Safwandinie bin Mad Yusop
Nur Athirah bt Ahmad Foad
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat Diploma Sains Komputer.


Penerima Anugerah Dekan

Seramai 30 orang berjaya mendapat sijil Anugerah Dekan iaitu :

Amirul Khairin bin Khairuddin
Azura binti Ibrahim
Fatin Amira binti Mohd Isa
Mawaddah binti Mohd Zulkimi
Mohammad Adhwa binti Abdul Latif
Mohd Nazrin bin Mohd Nasir
Muhammad Adlan Shah bin Abdul Malek
Muhammad Bazil bin Dahamad
Munira binti Abd Rahman
Nadia Farhana binti Azman
Noor Syazreen Syazwanee binti Abdul Jalil
Nur Faezah binti Osman
Nur Syafiqah binti Munir
Sharina binti Ab Wahid
Siti Nazeha binti Jaafar
Adibah Syuhadah binti Abdul Rahman
Amir Mukhlis bin Kushairi
Ammar bin Md Nasir
Mohamad Harith bin Mohamad Rozlan
Muhammad Firdaus bin Mohd Zelani
Muhammad Shaheer Iqmal bin Shamsuddin
Nabilah binti Roslan
Sharifah Ainur Asma binti Syd Abu Bakar
Shazmin Fatimah binti Zuhairi
Hanis Izzaty binti Abul Jalil
Mashitah binti Ibrahim
Nor Sakinah binti Abdullah
Norshatun Radhiah binti Musa
Nur Adilah binti Zahidin
Siti Safira binti Rashid

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat Anugerah Dekan , diharap terus kekalkan sehingga habis Diploma. Kepada yang tidak berjaya mendapat Anugerah Dekan, tanamkan dalam semangat untuk berusaha mendapatkannya. Di samping itu, jangan lupa jaga peribadi dan akhlak yang mulia.

Di samping itu, ada berita yang agak menyedihkan kerana seramai 10 orang pelajar diberhentikan kerana pencapaian CGPA kurang daripada 1.8. (Kesemua pelajar part 1) .Jadi kepada pelajar-pelajar ini, jangan putus asa...buat muhasabah diri, ada hikmah disebalik kegagalan anda semua.


Pada semester ini, kita ada menerima dua orang pensyarah baru iaitu Encik Mohd Hafifi bin Supir dan Puan Mazliana Hasnan. Selamat datang diucapkan kepada pensyarah baru ke UiTM Melaka.

Pada semester depan, banyak aktiviti telah dirancangkan untuk dijalankan. Diharap semua warga CS110 dapat memberi kerjasama. Maklumat aktiviti akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, harap maklum.


Normaziah Abdul Rahman

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, peperiksaan telah tamat pada 14 November 2010. Jadi semuanya telah merdeka.....untuk semester ini ....

Jadi, ambil peluang ini dengan mengisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, seperti menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah, jangan penuhi masa lapang anda dengan tidur sahaja.

Cuba penuhi masa dengan membaca, membuat sesuatu yang berfaedah. Kerana sebagai pelajar CS, mungkin boleh penuhi masa dengan cuba membuat produk seperti multimedia product, dengan ini boleh cuba masuk untuk bertanding dalam IID 2011 pada tahun hadapan. Mana tau, kalau ada rezeki, anda boleh menang. Sepanjang dua tahun IID diadakan, alhamdulillah kesemua produk daripada pelajar dan staff FSKM akan pulang dengan pingat...sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Pada tahun 2010 ini, 3 produk daripada FSKM dipertandingkan, kita memenangi satu pingat emas dan dua pingat perak. tahniah diucapkan kepada :

1. Gold Award - FSKM E-Buletin oleh Safwandinie, Hamizulfaiz, Normaziah, Nurulhuda
2. Silver Award - Interactive Map Of UiTM Melaka oleh Ismeth Zain, Norzatu Bazamah
3. Silver Award - Nor Masri, Datuk Prof. Dr Hj Mizan, Mohd Saiyidi, Azmi

Di samping itu, jagalah kesihatan dan jaga diri serta peribadi masing-masing.


Akhir kata,
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA......

Wednesday, October 20, 2010

Good Luck For Your Exam....

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kita sudah selesai satu semester untuk kuliah, sekarang ni masa untuk study week kerana peperiksaan akan bermula pada 25 Oktober hingga 14 November 2010.

Jadi ambillah peluang yang diberikan semasa study week untuk mengulangkaji dengan membaca, membuat latihan seperti latihan dalam buku,past year question. Sebarang masalah, jangan segan-segan berjumpa dengan pensyarah.

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini, minta restu daripada ibu bapa dan juga pensyarah-pensyarah. Mohon maaf dengan ibu bapa dan juga pensyarah jika ada silap salah kata dan perbuatan kerana kadang2 kita tidak sedar. Kerana doa ibu bapa kita yang paling berharga selain daripada kita berusaha.

Begitu juga dengan kawan-kawan, bermaaf-maafan jika terlebih gurau senda dan kata-kata dengan kawan-kawan.

Selain itu, untuk menduduki peperiksaaan , jangan lupa untuk :
1. Membawa slip menduduki peperiksaan - ini boleh didapati daripada student portal
2. Kad pelajar
3. Alat tulis yang berkaitan
4. Kalkulator (jika berkenaan)


Akhir kata, sentiasalah berusaha dan jangan membuang masa dengan benda-benda yang melekakan. Jangan lalai dengan suruhan Allah iaitu solat, banyakkan solat hajat, berdoa memohon kejayaan dan memberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan serta banyakkan membaca Al_Quran


Hargai masa yang ada....peluang yang diberikan dan orang-orang di sekelilingi kita....

Thursday, October 14, 2010

SUFO & PENDAFTARAN PADA SEMESTER JAN 2011

Assalamualaikum,
Seperti yang kita sedia maklum....no SUFO no Result Dan No Registration No Result....
Pastikan pelajar semua membuat tanggungjawab anda...
Pastikan anda membuat pendaftaran kursus bermula 4 oktober - 22 Oktober 2010

Pastikan anda semua membuat SUFO, bermula 6 September hingga 17 Disember 2010....



Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 5, 2010

Perbentangan Pelajar Praktikal CS110

Assalamualaikum,
Perbentangan pelajar praktikal yang menjalani latihan praktikal di Melaka dan Negeri Sembilan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2010
Tempat : Makmal Komputer 7 dan 8 , UitM Alor Gajah
Masa : 9.00 - 1.00 tengahari


Anda wajib membentangkan projek anda, sebarang masalah sila berhubung dengan pensyarah penyelia anda semua.

Wednesday, September 29, 2010

Majlis Makan Malam & Graduasi AreCS

Assalamualaikum..
Kepada semua warga AreCS,
Majlis Makan Malam dan Graduasi AreCS akan diadakan pada :

Tarikh : 1 Oktober 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Bendahara




Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis!!


Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Sempena bulan yang mulia ini, saya mewakili semua pensyarah Sains Komputer mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin.

Semepena cuti raya dua minggu ini, diharap semua jangan leka berhari raya sahaja. Ambillah peluang bercuti ini dengan lihat kembali mana2 kelemahan kita, subjek2 yang lemah dan cuba buat ulangkaji.
Kerana selepas raya, anda semua hanya mempunyai 4 minggu kuliah sahaja sebelum peperiksaan akhir bermula.

Di akhir Ramadhan ini juga, sama2 kita menjalani ibadat dan carilah malam Lailatul Qadar. Berdoalah.....supaya dimudahkan perjalanan hidup kita semasa kita mencari ilmu untuk memperbaiki hidup kita serta keluarga.


Berhati-hati di jalan raya.....

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, July 20, 2010

Pencapaian Pelajar Pada Semester April 2010

Assalamualaikum...
Kali ini, agak lambat saya memaklumkan pencapaian pelajar pada semester yang lepas.
Saya mulakan dulu dengan pencapaian penerima sijil Anugerah Dekan.Seramai 16 orang menerima sijil Anugerah Dekan. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya, teruskan kekalkan pencapaian anda dan kalau boleh capai yang lebih baik.

Berikut, adalah senarai nama pelajar yang menerima Sijil Anugerah Dekan...

CHE WAN MOHD ARRAZEE BIN CHE WAN ALIAS
AMIR MUKHLIS BIN KUSHAIRI
AMMAR BIN MD NASIR
FAIZ ASYRAF BIN ABDUL AZIZ
MOHAMAD HARITH BIN MOHAMAD ROZLAN
MUHAMMAD SHAHEER IQMAL BIN SHAMSUDDIN
NURULSYAZANA BINTI MAZLAN
SAYYID HAZIQ BIN ROSFAN
MASHITAH BINTI IBRAHIM
NOR SAKINAH BINTI ABDULLAH
NORAMIRA BINTI ISMAIL
NORSHATUN RADHIAH BINTI MUSA
KHAIRUL UMAM BIN MD SAIRI
NURUL KHAIRIYAH BINTI SALAMAT
MOHAMAD HAFIZ BIN AZMI
NABILAH BINTI ROSLAN


Bagi mereka yang tidak berjaya mencapaikan, tanamkan niat di dalam hati bahawa pada semester ini, anda boleh mencapainya, dan mungkin cemerlang lagi. InsyaAllah
Pada semester ini, Alhamdulillah seramai 16 orang pelajar telah tamat. tahniah diucapkan kepada mereka. Mereka yang tamat adalah :

AIMI FARAHIN BINTI MOHAMAD
AMIN FARHAN BIN JAFRI
MOHAMAD AZRIQ BIN MOHAMAD ARSHAD
MOHAMMAD NURDIN B NORAZAN
MOHD FAREZ HELMI BIN IBRAHIM
MOHD HAFIZUDDIN BIN RAHIM
MOHD SYUKRI BIN SADRI
MUHAMMAD SYAFIQ B SHARIFFULIZAN
MUHAMMAD ZULKAMAL HISHAM BIN ZULKIFLI
NABILAH BINTI ZULKFALI
NUR FADILAH BTE MOHD SANI
NUR LINA SYAHIRA BINTI MD SHAH
NUR ZATIL AINA BINTI MOHD ZAKI
ZAHIDAH BINTI MOHAMMAD
SUMIATI BINTI BERAHIM
MUHAMMAD TAUFIQ BIN BAHAROM


Pada semester Julai 2010 ini juga, alhamdulillah kita menerima 115 orang pelajar baru, dan mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan pelajar. Bertambah ramai lagilah warga Diploma Sains Komputer. Moga dikekalkan lagi bilangan kemasukan pada semester akan datang.
Pada semster ini, dua orang pensyarah Sains Komputer telah berpindah ke UiTM Kuala Pilah iaitu Puan Rosnani Abdullah dan Puan Jamaliah Mohd Taib. Selamat berpindah dan jangan lupa kami di Melaka.
Di samping itu, kita juga menerima dua orang pensyarah baru iaitu puan Zamlina Abdullah dan Cik Nurulhuda Ghazali. Selamat datang diucapkan kepada dua orang pensyarah baru ini.
Pada semester Julai ini, juga banyak aktiviti yang dirancangkan sepanjang semester ini. Nanti saya akan update info ini pada entri yang akan datang.
Sekian, wassalam...



Normaziah Abdul Rahman
Koordinator CS110

Monday, July 12, 2010

PENASIHAT AKADEMIK

Assalamualaikum....
Berikut adalah nama bagi penasihat akademik :


DCS1A
Normaziah Abdul Rahman

DCS1B
Cik Nurulhuda Ghazali

DCS1C
Cik Siti Fatimah Mohd Rum

DCS1D
Encik Azmi Aminordin

DCS2A
Puan Nur Asyira Naziron

DCS3A
Cik Fadhlina Izzah Saman

DCS3B
Puan Zainab Othman

DCS3C
Puan Zamlina Abdullah

DCS3D
Cik Wannoraini Abdul Latif

DCS3E
Encik Nor Masri Sahri

DCS4A
Puan Nurulhuda Zainuddin

DCS5A
Puan Rohana Ramli

DCS6A
Puan Noor Suriana Abu Bakar (bagi yang belum menjalani LP)

PelajarPraktikal
Puan Ku Fauziah Ku Baharuddin

Anda boleh berjumpa dengan penasihat anda jika anda mempunyai masalah kerana penasihat akademik anda boleh bertindak :
1. Sebagai kaunselor peribadi untuk membantu menyelesaikan masalah dari segi akademik dan
bukan akademik.
2. Mengesahkan validasi pendaftaran anda
3. Memantau keputusan peperiksaan anda terutamanya pelajar yang lemah.



Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Pendaftaran, Tambah dan Gugur Kursus

Aktiviti / Tarikh

Pendaftaran Kursus Pelajar Lama secara Online
22 Jun – 18 Julai 2010

Kuliah bermula
5 Julai 2010

Pendaftaran Kursus Pelajar Baru secara Online
5 – 25 Julai 2010

Tarikh akhir pembayaran yuran
5 Ogos 2010

Tarikh Akhir Pengesahan (Validasi) Kursus Terdaftar
10 Ogos 2010

GUGUR TARAF - GT
11 OGOS 2010

Pelajar Mula Cetak Slip Menduduki Peperiksaan
12 Ogos 2010